Oh! Artis
“Dua-Dua Sweet”, Meerqeen Dan Ameera Khan Dilihat Mesra Bersama, Netizen Pula Setuju Jika Mereka Bercinta
Pelakon sensasi baharu, Meerqeen sebelum ini pernah dikatakan sedang mengenali rapat adik Neelofa iaitu pempengaruh, Ameera Khan.
Pelbagai spekulasi dan dakwaan dari netizen yang mengatakan mereka sedang bercinta kerana Ameera pernah memuat naik satu video mereka bersama di Paris.
BACA: Netizen Syak Ameera Khan Dan Meerqeen ‘Dating’ Di Paris?
Terbaharu, satu video tular yang memaparkan Meerqeen dan Ameera sedang mempromosikan produk jualan di live TikTok ibunya, Datin Noor Kartini Noor iaitu Kucate.
Difahamkan, pelakon kacak itu menghubungi Ameera untuk mengajaknya keluar makan bersama namun, pempengaruh berkenaan mempelawanya untuk sertai livenya di TikTok.
Menerusi video berkenaan, Ameera atau Little Miss Khan dilihat selesa bersama dengan Meerqeen, malah netizen turut berkata mereka seakan bermain ‘tarik tali’.
Meninjau di ruangan komen live, rata-rata netizen meluahkan rasa suka melihat mereka bersama dan dikatakan serasi jika menjadi pasangan.
Walau bagimanapun, Datin Noor Kartini dan Ameera sendiri pernah menjelaskan hubungannya dengan pelakon kacak itu hanyalah sekadar kawan biasa sahaja.
Tambahan, Meerqeen turut menafikan dakwaan dia dan Little Miss Khan sedang menjalin hubungan cinta.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM