Connect with us

Oh! Media

Pelajar Perempuan Tingkatan 5 Tampar Rakan Sebanyak 5 Kali Gara-Gara TikTok?

Tampar rakan ohmedia

Oh! Tidak

Pelajar Perempuan Tingkatan 5 Tampar Rakan Sebanyak 5 Kali Gara-Gara TikTok?

Amboi, suka hati je nak tampar-tampar orang ya! Hari ni viral satu video menunjukkan seorang pelajar perempuan tingkatan 5 menampar rakannya sebanyak 5 kali ketika berada di dalam kelas.

Video itu dikongsikan ibu mangsa iaitu Puan Waheeda di mana anak perempuannya bernama Nana telah ditampar dan turut disaksikan beberapa pelajar lain.

Dalam video itu, pelajar perempuan itu marah dengan mangsa kerana memuat naik gambarnya di TikTok tanpa kebenaran. Dia kemudian menampar pipi Nana sebanyak 5 kali. Pelajar lain turut sempat menasihatkan untuk tidak melibatkan kekasaran fizikal tetapi mereka turut dimarahi.

IKLAN
Image 74

Puan Waheeda panggil pelajar terbabit untuk bersemuka…

Dalam perkongsian video lain, Puan Waheeda telah mengajak pelajar terbabit untuk membincangkan apa yang berlaku. Pelajar terbabit menyatakan hubungannya dengan Nana memang tidak rapat, disebabkan itu dia tak puas hati macam mana gambarnya dimuat naik di TikTok.

Pelajar perempuan itu kemudian memohon maaf kepada Puan Waheeda dan mengakui tindakan menampar Nana adalah silapnya dan melampaui batas.

Image 75

Puan Waheeda juga mendapati pelajar terbabit memang sering melakukan kesalahan sebegitu berdasarkan apa yang dikongsikan guru sekolah. Bagaimanapun, pelajar itu menafikannya dan mengakui dia tidak pernah buat salah, siap bersumpah lagi.

Untuk tindakan seterusnya, Puan Waheeda bercadang untuk melaporkan perkara ini kepada polis tetapi akan berjumpa dahulu dengan ibu bapa pelajar terbabit.

Kredit: Facebook

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas