Connect with us

Oh! Media

Rugi Pergi Jakarta Kalau Tak Singgah 4 Tempat Menarik Ini! 

Untitled Design   1

Oh! Travel

Rugi Pergi Jakarta Kalau Tak Singgah 4 Tempat Menarik Ini! 

Bercuti mana hujung tahun ni? Untuk korang yang memang dah plan nak ke Jakarta, Indonesia, kami nak kongsi 4 tempat menarik yang ada di sana. Serius rugi gila kalau korang tak singgah!

Zoo Ragunan

Pelican Pond
Ragunan Zoo visitors took photographs in front of Australian Pelican Pelecanus conspicillatus pond Ragunan Zoo South Jakarta Indonesia

Zoo Ragunan merupakan zoo terbesar di Jakarta yang mempunyai lebih dari 2,000 haiwan daripada 200 spesies dengan keluasan sekitar 147 hektar.

Bukan tu jer, dalam zoo itu juga ada lebih 2,000 spesimen dan 50,000 pokok bagi mewujudkan persekitaran yang nyaman kepada haiwan-haiwan serta sesiapa yang melancong di situ. Memang terbaik!

IKLAN
Img 0027

Terdapat haiwan seperti gorila, gajah, orang utan, chimpanzi, unta, zirafah, komodo dan banyak lagi. Menariknya, korang boleh sewa basikal ataupun dengan menaiki bot untuk melihat ragam haiwan di sana. Lain dari lain betul!

Dunia Fantasi

Img 0030

Dunia Fantasi atau Dufan merupakan taman tema terbesar di Indonesia yang sudah mula beroperasi sejak tahun 1985 lagi. Pergh! Lama betul.

Dekat Dufan, korang boleh ‘layan’ permainan berteknologi tinggi yang dibahagi kepada 9 bahagian iaitu Indonesia, Jakarta, Asia, Eropah, Amerika, Yunani, Hikayat, Kalila dan Fantasy Lights.

Img 0029

Antara permainan popular di Dufan adalah Kereta Misteri, Rumah Riana, The Conjuring House, Baling-Baling, Hysteria, Niagara Gara dan banyak lagi!

Sea World Ancol

Img 0025

Korang boleh teroka hidupan di bawah laut dekat Sea World Ancol ini yang memfokuskan kepada pendidikan, konservasi dan hiburan. Sesuai sangat kalau nak bawa anak-anak tau!

Img 0023

Kalau korang nak tahu, ada lebih kurang 7,000 ekor hidupan air tawar dan 11,000 hidupan laut yang akan dipamerkan pada akuarium dan kolam di sana. Rasanya bukan budak-budak jer, mak ayah sekali akan ‘excited’ nanti!

Taman Mini Indonesia Indah 

Img 0032

Kalau korang pergi ke Taman Mini Indonesia Indah ni umpama korang dah habis pusing satu Jakarta sebab di sana akan memaparkan budaya daripada 300 etnik di Indonesia.

Untuk pengetahuan, TMII kini sudah berwajah baru dan menampilkan 70% kawasan hijau terbuka dan 30% bangunan-bangunan. Menarik betul!

Img 0033

Bukan tu jer, ada juga persembahan budaya dan replika rumah tradisional, muzium, taman rekreasi, taman budaya, teater IMAX Keong Mas, anjungan dan Istana Anak. Memang sesuai untuk sesiapa yang nak tahu lebih mendalam pasal Jakarta ni!

Lagi excited nak pergi Jakarta ke tu? Apapun, semoga dipermudahkan urusan korang nak ke sana nanti ya. Jangan lupa ole-ole untuk kami sekali. Kah!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas