Connect with us

Oh! Media

Travel Hong Kong Tanpa Risau, Banyak Sebenarnya Spot Muslim-Friendly!

Ohmedia hong Kong

Oh! Travel

Travel Hong Kong Tanpa Risau, Banyak Sebenarnya Spot Muslim-Friendly!

Hong Kong rupanya Muslim-friendly! Ini tempat menarik termasuk masjid, makanan halal dan spot yang wajib korang pergi.

Ramai sebenarnya tak tahu yang Hong Kong merupakan destinasi yang mesra Muslim.

Dari masjid, makanan halal sampai lah ke tempat menarik semuanya ada je kalau korang tahu cari. Jadi, untuk korang yang plan nak travel ke sini, ini antara spot best yang wajib masuk list.

Pusing Hong Kong naik Ding Ding Tram!

Kalau sampai Hong Kong tapi tak naik tram klasik ni memang rugi. Dipanggil “Ding Ding” sebab bunyi loceng dia. Harga murah tapi view dia memang padu, boleh layan bandar dengan vibe santai.

IKLAN

Duduk tepi tingkap, angin masuk… terus rasa old-school Hong Kong!

Taman tema mesra Muslim, Ocean Park Hong Kong

Nak aktiviti fun? Ocean Park ni antara tempat wajib! Selain rides, aquarium, tengok panda dan sebagainya, dekat sini juga senang dan ada je makanan halal atau seafood-based. Tempat pun luas dan family-friendly, memang sesuai untuk semua peringkat umur.

Layan dimsum rare dekat Islamic Centre Canteen

Ini memang spot wajib untuk Muslim. Lepas solat, jangan lupa try dimsum halal dekat kantin masjid ni. Ramai kata rasa dia memang original macam restoran Cina sebenar, rare gila!

Victoria Harbour, layan Symphony of Lights

Waktu malam, jangan duduk hotel je. Korang pergi Victoria Harbour ni untuk tengok pertunjukan lampu bangunan ikut muzik, A Symphony of Lights.

Simple tapi vibe dia tenang, memang healing lepas penat berjalan satu hari dekat Hong Kong.

Masjid ikonik tengah bandar, Kowloon Mosque and Islamic Centre

Antara masjid paling famous di Hong Kong. Lokasi dia strategik, betul-betul tengah bandar dan senang nak singgah untuk solat. Design pun cantik dan besar, memang jadi tumpuan pelancong Muslim seluruh dunia.

‘Syurga’ untuk kaki sneaker, Sneakers Street

Yang kaki shopping, ini port wajib. Sepanjang jalan dekat Sneaker Street ni, penuh gila kedai kasut dari hype sampai lah yang ke rare item. Harga pun boleh nego, tinggal rajin survey je! Confirm bawa balik satu dua pasang punya!

Jalan santai di Causeway Bay

Causeway Bay

Kalau korang jenis suka jalan santai sambil cuci mata, Causeway Bay memang spot wajib singgah bila berada di Hong Kong.

Kawasan ni unik sebab gabungkan elemen sejarah dan moden dalam satu tempat. Korang boleh jumpa bangunan lama yang penuh nilai sejarah, tapi dalam masa sama dikelilingi pusat beli-belah moden yang meriah.

Antara tarikan menarik dekat sini termasuklah:

  • Noon Day Gun – Meriam klasik yang ditembak setiap hari, simbol tradisi lama Hong Kong
  • Victoria Park – Taman luas sesuai untuk rehat dan ambil angin
  • Statue of Queen Victoria – Lambang pengaruh British yang masih kekal.

Kawasan ni juga memang port terbaik untuk bergambar dan explore vibe Hong Kong yang sebenar. Siang pun cantik, malam pun hidup!

Shopping di Temple Street Night Market

Street Market

Kalau korang jenis suka suasana malam yang happening, Temple Street Night Market memang tak boleh miss!

Bila malam je, kawasan ni terus hidup dengan lampu neon, suara peniaga, dan deretan gerai yang menjual macam-macam cenderamata unik dan barangan murah untuk shopping.

Memang syok kalau nak rasa pengalaman sebenar street market Hong Kong.

Oh ya! Tahu tak yang Hong Kong berjaya raih sembilan anugerah di Halal in Travel Awards 2025 dan sekarang ni Hong Komg tengah fokus kuatkan lagi kemudahan halal dan mesra Muslim yang diiktiraf.

Dalam masa sama, mereka juga tampil dengan pendekatan lebih kreatif dari segi budaya untuk tarik perhatian pelancong. Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) pun terus aktif dekatkan diri dengan pelancong Muslim melalui pelbagai inisiatif segar yang lebih mesra komuniti.

Pssttt! Travel bukan sekadar jalan-jalan, tapi pengalaman. Dengan perancangan yang betul, Muslim pun boleh explore dunia tanpa risau.

Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas