Oh! Geekz
Rokok Elektronik Pakai Buang Bakal Diharamkan Di Perancis
Dalam satu temu bual di stesen radio RTL, Perdana Menteri Perancis Elisabeth Borne, menyatakan rancangan untuk mengharamkan rokok elektronik pakai buang di Perancis.
Elisabeth Borne berkata isu kesihatan awam yang sangat penting jadi kerajaan perancis sedang merangka program kebangsaan untuk memerangi penggunaan tembakau
Rokok elektronik atau dipanggil sebagai “puff” telah menyebabkan ketagihan tembakau di kalangan pemuda.

Walau bagaimanapun, kerajaan Perancis tidak merancang untuk menaikkan kadar cukai ke atas tembakau pada tahun hadapan berikutan kenaikan telah dikenakan pada tahun ini.
Dalam pada itu, kerajaan Perancis juga merancang untuk menangani masalah alkohol.
Malah, kerajaan menyasarkan lebih banyak kawasan bebas rokok akan diwujudkan dan menjanjikan remaja berusia 20 tahun ke bawah bebas tembakau menjelang tahun 2030.
BACA: Pengambilan E-Rokok Berperisa Pudina Menyebabkan Paru-Paru Rosak Lebih Teruk
Sebelum ini kami ada kongsikan kajian berkenaan menghisap e-rokok yang berperisa pudina boleh mengakibatkan fungsi paru-paru menjadi lemah berbanding perisa yang biasa iaitu tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).
Kredit: Fuzz.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM