Connect with us

Oh! Media

Pengambilan E-Rokok Berperisa Pudina Menyebabkan Paru-Paru Rosak Lebih Teruk

E-Rokok

Oh! Lifestyle

Pengambilan E-Rokok Berperisa Pudina Menyebabkan Paru-Paru Rosak Lebih Teruk

Menurut kajian oleh Universiti Pittsburgh mendapati menghisap e-rokok yang berperisa pudina boleh mengakibatkan fungsi paru-paru menjadi lemah berbanding perisa yang biasa iaitu tanpa mentol, lapor United Press International (UPI).

ADVERTISEMENT

Ramai orang terutama belia, tersilap menganggap bahawa vape selamat sedangkan campuran vape tanpa nikotin pun mengandungi sebatian yang berpotensi merosakkan paru-paru.

Hanya kerana sesuatu bahan itu selamat untuk dimakan, tidak bermakna ia selamat untuk disedut,” kata pengarang kanan Kambez Benam, profesor bersekutu di Bahagian Pulmonari, Alergi dan Perubatan Kritikal di Sekolah Perubatan Universiti Pittsburgh.

Dalam pada itu, pengkaji telah menggunakan sistem robotik bagi meniru manusia menghisap vape dan cara pernafasan manusia. 

Robot vaping” dapat meniru suhu, kelembapan, isipadu sedutan dan tempoh perokok, sambil turut meniru corak pernafasan yang sihat dan berpenyakit sebagai tindak balas kepada tahap toksik paru-paru yang disebabkan oleh e-rokok.

Salah seorang pengkaji telah mendapati cecair e-rokok yang mengandungi mentol akan menghasilkan banyak zarah mikro toksik dalam paru-paru berbanding tanpa ada mentol.

E-Rokok

Tambahan, kajian juga merekodkan pesakit yang mengesahkan perbezaan fungsi paru-paru antara e-rokok mentol dan bukan perokok mentol.

Pada tahun 2022, seramai 2.5 juta belia yang telah membeli e-rokok, perisa pudina dan mentol adalah pilihan paling popular.

Bagi mengelakkan kematian dan menghalang orang ramai, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS telah memaklum pengeluar rokok supaya menghentikan penggunaan mentol dalam produk tembakau.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas