Connect with us

Oh! Media

Ditahan Persenda Agama, TikToker Mengaku Tiga Kali Makan Khinzir

20230506 111027 0000

Oh! Tidak

Ditahan Persenda Agama, TikToker Mengaku Tiga Kali Makan Khinzir

Sebelum ini, negara seberang pernah dikejutkan dengan berita seorang TikToker, Lina Mukherjee makan daging babi dalam sebuah video meskipun dirinya beragama Islam.

BACA: “Hari Ini Saya Dah Langgar Rukun Iman” – TikTokers Bangga Makan Kulit Khinzir

Influencer tersebut akhirnya ditahan dan disiasat oleh pihak polis atas dakwaan menghina Islam dalam kandungan video TikToknya itu.

IKLAN

Makan daging babi

Pengarah Siasatan Jenayah Khas, Komisioner Agung Marlianto memaklumkan Lina dipanggil untuk siasatan selepas aksi wanita itu dilaporkan oleh seorang ustaz pada 15 Mac yang lalu.

Pihak mereka juga menerima surat pemberitahuan fatwa MUI menyatakan bahawa tindakan wanita tersebut adalah mempersendakan agama.

Selain melakukan siasatan, kami mendapatkan beberapa pandangan termasuk pakar bahasa, ITE dan jenayah bagi memastikan sama ada kandungan video Lina Mukherjee yang memakan khinzir itu adalah perbuatan jenayah.

Kali ketiga

Makan

Dalam pada masa yang sama, Lina mengakui bahawa dirinya telah makan daging haram bagi umat Islam tesebut sebanyak tiga kali.

Saya sudah makan khinzir tiga kali iaitu pertama di Sri Lanka, tetapi waktu itu saya tidak sengaja makan kerana tidak tahu bahasa Inggeris ‘pork’ itu adalah khinzir.

Kali kedua saya makan ketika pergi ke sebuah majlis seorang rakan bukan Islam. Dan ketiga ini saya (makan) dengan sengaja kerana ingin tahu rasa apa keropok khinzir yang trend di TikTok.

Alahai, yang bukan-bukan sahaja. Apa pendapat korang pula?

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas