Connect with us

Oh! Media

“Hari Ini Saya Dah Langgar Rukun Iman” – TikTokers Bangga Makan Kulit Khinzir

tiktokers

Oh! Artis

“Hari Ini Saya Dah Langgar Rukun Iman” – TikTokers Bangga Makan Kulit Khinzir

Seorang TikTokers wanita teruk dikecam selepas dengan bangga menunjukkan dirinya sedang menikmati kulit babi di sebuah restoran. Apa yang membuatkan orang marah adalah apabila wanita itu beragama Islam.

ADVERTISEMENT

TikTokers itu dikenali dengan nama Lina Mukerji dan memesan nasi lauk daging dan kulit babi goreng. Dia dengan bangga memesan hidangan itu walaupun tahu tindakannya haram di sisi Islam.

BACA: “Apalah Buat Macam Ni” – Buat Prank Lumur Kek Pada Muka Orang Awam, TikTokers Teruk Dikecam Netizen

tiktokers

Malah, Lina sedia maklum ahli keluarganya akan berasa marah akibat perbuatan yang dilakukannya itu selain berseloroh mengenai rukun iman.

Jadi hari ini rukun iman saya sudah langgar. Sudah pasti pengenalan diri dalam keluarga saya dicabut. Tapi saya cuma curiga kerana di TikTok banyak sangat kriuknya (rasa rangup).

Tidak cukup dengan itu, Lina turut menulis perasaannya selepas memakan kulit babi yang terasa berbeza jika dibandingkan dengan daging yang lain.

Tindakannya itu kemudian mendapat kecaman warga maya yang rata-ratanya menyifatkan Lina bersikap tidak sensitif, biadab dan merendahkan agama Islam.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas