Oh! Islam
#RENUNGAN Masuk Peringkat Antarabangsa, Qari Cilik Melaka Ini Mampu Buat Ketua Juri Menangis
Baru-baru ini, seorang ketua juri sebuah program pertandingan bacaan Al-Quran berasa sebak setelah mendengar alunan bacaan oleh seorang qari cilik.
BACA: #RENUNGAN “Masih Anak Kandung” – Ibu Ini Tetap Menerima Anak Meski Berbeza Pendapat Agama
Qari cilik dari Melaka, Ahmad Azfar Azraie telah mewakili Malaysia bagi pertandingan tersebut yang diadakan di Algeria.
Bacaan qari
Satu video tular di TikTok memaparkan Azfar berjaya menyentuh hati ketua juri, Sheikh Ahmad Isa Al-Ma’syarawi menerusi bacaan Al-Qurannya.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sempat memuji bakat adik Azfar dan mendoakan agar dirinya dapat menjadi seorang qari yang terkenal seperti bapanya, Ustaz Azraie Abdu Hak.
Kelebihan baca Al-Quran

Melihat alunan merdu Azfar membaca Al-Quran, sudah semestinya kita akan terfikir kelebihan membaca kitab Allah SWT ini, bukan? Hari ini, Oh! Media telah menyenaraikan lima kelebihan membaca Al-Quran buat informasi semua.
- Individu yang mempelajari dan mengajar Al-Quran kepada orang lain adalah amalan yang paling baik (Hadis Uthman bin Affan).
- Individu yang membaca Al-Quran dan berasa sukar untuk menyebut ayatnya akan menerima dua pahala (Hadis Aisyah R.A).
- Seseorang yang fasih dalam bacaan Al-Quran lebih layak untuk menjadi imam solat Jemaah (Hadis Ibnu Mas’ud).
- Sesungguhnya Allah SWT memartabatkan golongan pembaca Al-Quran (Hadis Umar bin AL-Khattab).
- Al-Quran akan menjadi pembela buat pembacanya kelak di akhirat (Hadis Nawwas bin Sam’an).
Oleh itu, jom kita pertingkatkan amalan di bulan Ramadan ini dengan membaca Al-Quran.
Kredit: Kosmo | TikTok | Islamika
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM