Oh! Artis
Beg Berjenama Dianggap ‘Low Class’, Gadis TikTok Bersyukur Terima Seadanya
Status kewangan adalah bukan kayu pengukur bagi menilai sikap dan kebahagiaan seseorang individu.
BACA: “Umi Kata Baik Beli Emas” – Anak MB Kelantan Tampil Jawab Isu Ibu Pakai Beg Tangan Harga RM26k
Panas di TikTok, satu video yang memaparkan seorang gadis menerima hadiah sebuah beg berjenama daripada bapanya namun dianggap ‘low class’ daripada seorang pengguna media yang lain.
Bukan premium
Gadis yang dikenali sebagai Zoe itu memuat naik satu video dirinya mendapat beg tersebut sebagai kenang-kenangan namun kegembiraannya terbantut apabila seorang warganet memberitahu beg tersebut bukan dalam kategori kelas premium.
Siapa yang nak beritahu dia? – warga net
Komen daripada warga net terhadap Zoe pula seakan-akan mengajuk tindakan Zoe yang tidak mengetahui apa-apa tentang jenama mewah.
Sentiasa bersyukur
Walau bagaimanapun, Zoe mempertahankan dirinya dan mengatakan bahawa topik kewangan adalah sukar dibincangkan kerana dirinya bukan berasal daripada keluarga berada.
Saya sangat bersyukur yang ayah saya mampu belikan beg tangan ini untuk saya. Dia bekerja keras untuk kumpul duit itu. Cuma tak sangka saya dibenci hanya kerana sebuah beg tangan yang saya bangga memilikinya.
Apa pula pandangan pembaca Oh! Media?
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM