Connect with us

Oh! Media

“Nak Simpan Marah, Benci Dan Berdendam Pun Takkan Ke Mana” – Chef Wan Dan Shikin Maembong Sudah Berdamai

Chefwan

Oh! Artis

“Nak Simpan Marah, Benci Dan Berdendam Pun Takkan Ke Mana” – Chef Wan Dan Shikin Maembong Sudah Berdamai

Seperti yang kita tahu, hubungan chef selebriti terkenal, Chef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong menjadi renggang sehinggakan bekas isteri kepada Chef Riz itu bertindak mahu menyaman Chef Wan sebelum ini.

BACA: “Leave Me Alone” – Bekas Menantu Tarik Balik Saman, Mahu Jumpa Namun Chef Wan Enggan

Terbaru, menerusi satu hantaran di Instagram, Chef Wan memaklumkan bahawa dia sudah berbaik dan mengambil keputusan untuk bermaafan dengan bekas menantunya itu.

IKLAN

Menerusi perkongsian tersebut, Chef Wan mendedahkan bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap apa yang berlaku sebelum ini. Sebaliknya, hanya mengambil pengajaran terhadap isu pergaduhannya yang menjadi bualan ramai sebelum ini.

Tambah Chef Wan lagi, dia akan sentiasa untuk berbuat baik dengan menantu serta bekas menantunya itu.

Shikin Maembong hadiri majlis hari jadi Chef Wan

Dalam pada itu, Shikin Maembong juga ada memuat naik gambar dia menghadiri majlis hari jadi bekas bapa mentuanya itu di Instagram.

Di ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat tindakan yang dibuat Chef Wan dan Shikin untuk berbaik dan melupakan sengketa lama.

Screenshot 2022 10 19 at 113000
Screenshot 2022 10 19 at 113008
Screenshot 2022 10 19 at 113034

Kredit: Instagram Chef Wan | Instagram Shikin Maembong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas