Connect with us

Oh! Media

“Leave Me Alone” – Bekas Menantu Tarik Balik Saman, Mahu Jumpa Namun Chef Wan Enggan

Oh! Artis

“Leave Me Alone” – Bekas Menantu Tarik Balik Saman, Mahu Jumpa Namun Chef Wan Enggan

Pastinya ramai mengetahui kemelut yang dihadapi Datuk Chef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong yang sebelum ini memfailkan saman malu sebanyak RM1 juta ke atas bekas bapa mentuanya itu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Miskin Sangat Ke Nak RM1 Juta?” -Chef Wan Terima ‘Saman Malu’ Daripada Bekas Menantu!

Shikin nak tarik semula tuntutan saman

Semalam, menerusi hantaran di Instagramnya, Chef Wan mendedahkan bahawa bekas menantunya itu mahu menarik balik tuntutan saman ke atasnya di samping mahu berjumpa dengannya.

Menurut chef selebriti terkenal itu, dia memaklumkan bahawa dia mendapat hantaran mesej dari anaknya, Serena Ridzuan yang mengatakan bahawa Shikin mahu beri penjelasan dengan bersemuka dengannya.

Namun, Chef Wan menolak untuk berjumpa Shikin dan menyatakan bahawa dia sudah pun memaafkan bekas menantunya itu.

Tidak mengapa, saya sudah memaafkan dia dan berharap dia juga begitu Saya tidak mahu berjumpa dengannya atau harus mendengar semua drama anak-anak dan bekas menantu.

Chef Wan turut mengatakan bahawa dia mahukan ruang untuk bersendirian dari terus melayan karenah orang disekelilingnya.

Saya sudah tidak mahu menguruskan sebarang isu mengenai anak-anak mahupun bekas menantu dan menantu lagi. Saya tidak mahu terlibat. Saya penat kerana terpaksa berhadapan dengan kerenah semua orang bertahun-tahun, beri sedikit ruang untuk saya.

Jika dia memilih untuk menyaman atau menarik semula itu adalah pilihannya. Saya sentiasa ada untuk berpegang pada prinsip saya. Tinggalkan saya bersendirian

Semoga segalanya dipermudahkan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap agar isu yang dihadapi Chef Wan dan bekas menantu dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Kredit: Instagram Chef Wan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas