Connect with us

Oh! Media

Anak Mangsa MH370 Nafi Gambar Tular Adalah Ayahnya, Tepis Andaian Dapat Pampasan Tutup Mulut

Maira1a

Trending

Anak Mangsa MH370 Nafi Gambar Tular Adalah Ayahnya, Tepis Andaian Dapat Pampasan Tutup Mulut

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa keping foto mendakwa wajah terkini mangsa pesawat Malaysia Airlines, MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.

Perkara itu sudah tentu mencetuskan rasa tanda tanya orang ramai kerana wajah mereka dikatakan mirip sekali.

Anak perempuan kepada ketua pramugara, Andrew Nari iaitu Maira Elizabeth Nari bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Jelasnya, gambar yang tular itu bukanlah bapanya.

IKLAN
1897916

Dalam hantaran itu, Maira memohon maaf kerana tidak dapat menjawab satu per satu mesej yang diterimanya berkaitan hal ini kerana terlalu banyak.

Dia bagaimanapun sangat berterima kasih dan menghargai orang ramai yang masih ingat kepada bapanya.

Maira elizabeth

Dalam hantaran terbaru, Maira menepis andaian sesetengah orang bahawa pihaknya ada menerima pampasan untuk tutup mulut.

Terdahulu, tular di media sosial video dan foto memaparkan beberapa orang individu di Diego Garcia yang dikatakan mirip krew penerbangan MH370 antaranya Kapten, Zaharie Ahmad Shah, pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid dan Andrew Nari.

Apa-apa pun orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan ini. Jagalah kata-kata supaya hati waris tidak terguris.

Kredit: Sinar Harian | Instagram Maira Elizabeth Nari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas