Connect with us

Oh! Media

Pengangkutan Rapid KL Percuma Selama Sebulan Bermula Hari Ini

Pengangkutan Awam

Trending

Pengangkutan Rapid KL Percuma Selama Sebulan Bermula Hari Ini

Ini mungkin berita baik bagi sesiapa yang kerap menggunakan pengangkutan awam. Mulai hari ini, semua perkhidmatan kendalian Rapid KL akan ditawarkan secara percuma selama sebulan kepada Keluarga Malaysia.

BACA : PKPB Tidak Halang Penggunaan Pengangkutan Awam

Menurut laporan Harian Metro, pengangkutan Rapid KL itu termasuklah Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel dan bas RapidKL.

IKLAN

Pemberian perkhidmatan percuma ini dibuat bagi meringankan beban kos rakyat serta sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu dan perkara ini dikatakan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Ramai yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, jadi perkhidmatan percuma semua pengangkutan kendalian RapidKL boleh membantu meringankan beban.

Pemberian perkhidmatan percuma ini diberikan selama sebulan mulai hari ini.

Pergh! Memang untung bagi sesiapa yang kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam Rapid KL. Terbaik.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas