Trending
“Unbothered Queens” – Netizen Terhibur Dua Gadis Buat Penunggang Motosikal ‘Terseksa’ Guna Laluan Pejalan Kaki
Sebuah video yang tular di media sosial telah membuatkan netizen terhibur dengan tindakan dua orang gadis yang tak peduli menghalang penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki. Mereka juga digelar unbothered queens oleh netizen! Haha.
BACA: Penunggang Motosikal Kena Maki, Guna Laluan TnG Dan Tunggu Palang Terbuka
Menerusi video yang dimuat naik di Twitter Buyungkiu, penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki telah mengalami kesesakan apabila dua orang gadis di depan mereka tidak mahu ke tepi untuk beri laluan. Kejadian ini dipercayai berlaku di Indonesia.
Dua orang gadis itu sengaja perlahankan pergerakan mereka, mungkin nak bagi ‘pengajaran’ buat penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki. Hahah, padan muka!
Netizen yang menonton video tersebut semuanya terhibur dan puji tindakan dua orang gadis itu yang tak hairan langsung akan kesesakan yang berlaku.
SELAMAT PAGI
— Kiu (@Buyungkiu) June 14, 2022
Pelajaran berharga bagi pemotor yg maksa naik ke trotoar pic.twitter.com/Di50OR1g7z
Kredit: Buyungkiu
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media