Connect with us

Oh! Media

Tular Air Terjun Lata Y Keruh, JPNK Sahkan Ia Berpunca Daripada Hujan Lebat Hasil Aktiviti Hutan

Oh! Tidak

Tular Air Terjun Lata Y Keruh, JPNK Sahkan Ia Berpunca Daripada Hujan Lebat Hasil Aktiviti Hutan

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah mengesahkan keadaan air di Lata Y Sungai Rek, Kuala Krai menjadi keruh dipercayai disebabkan berlakunya hujan lebat sehingga menghakis tebing sungai kawasan sekitar.

ADVERTISEMENT

Menurut Laporan Berita Harian, baru-baru ini tular di media sosial pada selasa lalu apabila keadaan air sungai di Lata Y Kuala Krai yang pada awalnya jernih kebiru-biruan bertukar menjadi keruh dan rosak akibat pembalakan di Hutan Simpan di kawasan tersebut.

Menurut Abdul Khalim, tinjauan yang dibuat pihaknya terhadap kawasan sungai itu didapati keadaan air di kawasan tersebut semakin pulih berbanding seperti yang ditularkan sebelum ini.

Katanya, melalui semakan yang dilakukan, terdapat dua lesen aktif berhampiran kawasan Lata Y iaitu lesen kelulusan projek pembagunan ladang hutan dan anggaran jarak kedua-kedua projek tersebut lebih kurang 1 dan 1.2 kilometer.

Pihak pelesen juga tidak melakukan sebarang tebangan pokok berhampiran dengan kawasan buffer zone sungai seluas 50 meter, malah mereka juga sudah mengambil inisiatif untuk menambah seluas 10 meter lagi bagi menjaga kawasan buffer zone dengan tidak melakukan sebarang tebangan di kawasan berkenaan.

Abdul Khalim berkata, sebagai langkah kawalan, pihaknya sudah mengarahkan pihak pelesen supaya memberhentikan kerja pengusahasilan bagi lesen aktif berkenaan selain turut mengarahkan mereka supaya menama pokok kekacang penutup bumi di tebing jalan bagi mengelakkan keadaan hakisan bertambah teruk.

Pada masa sama, pihak kami sudah mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mengkaji semula untuk mewartakan kawasan itu sebagai kawasan tadahan air.

Malah pihak jabatan juga bercadang untuk mewartakan mana-mana kawasan sensitif di kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Sungai Rek iaitu lokasi yang mudah tercemar disebabkan aktiviti perhutanan dijadikan sebagai kawasan tadahan air.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas