Connect with us

Oh! Media

Kelantan Tutup 38 Kawasan Rekreasi Bermula Esok Hingga 31 Januari Depan

Trending

Kelantan Tutup 38 Kawasan Rekreasi Bermula Esok Hingga 31 Januari Depan

Sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menutup 38 kawasan rekreasi selama dua bulan bermula 1 Disember hingga 31 Januari depan.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Air Terjun Lata Y Keruh, JPNK Sahkan Ia Berpunca Daripada Hujan Lebat Hasil Aktiviti Hutan

38 lokasi berkenaan melibatkan Taman Eko Rimba dan Hutan Simpan Kekal yang terkenal dengan aktiviti pendakian di negeri itu.

kawasan rekreasi

Menurut Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah, lokasi yang ditutup juga merupakan tumpuan pengunjung untuk aktiviti menjelajah gua, mandi di kawasan jeram, air terjun dan perkhemahan.

Kawasan tersebut akan ditutup buat sementara waktu semasa musim tengkujuh setiap tahun atas faktor keselamatan pengunjung.

Dalam tempoh penutupan itu juga, JPNK boleh menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan tersebut

Katanya lagi, sekiranya cuaca hujan berterusan dalam tempoh beberapa jam, sebarang aktiviti riadah di kawasan terlibat boleh mengundang pelbagai risiko.

Tambahnya, sebagai langkah keselamatan pengunjung juga sudah dimaklumkan terlebih awal mengenai penutupan pusat rekreasi mmenerusi laman sosial rasmi JPNK.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas