Connect with us

Oh! Media

Terima Habuan Sehingga Ratusan Ribu Ringgit! Pegawai Penguatkuasa Dalam Perhatian SPRM

Trending

Terima Habuan Sehingga Ratusan Ribu Ringgit! Pegawai Penguatkuasa Dalam Perhatian SPRM

Nampaknya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan langkah awal mereka di bawah pentadbiran kerajaan baharu apabila memaklumkan yang lebih 70 orang pegawai dan anggota mereka di utara Semenanjung kini dalam pemantauan pihak mereka.

ADVERTISEMENT

Ini juga ada kaitan dengan 12 pegawai kanan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Pulau Pinang dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Pulau Pinang yang dipercayai telah melindungi pemandu lori lebih muatan.

Semua pegawai ini juga dikatakan telah menerima habuan ratusan ribu ringgit dan  dipercayai menerima RM10,000 hingga RM30,000 sebulan dengan syarat menutup kesalahan mereka dan memastikan penghantaran barang mereka dapat dilakukan dengan lancar. Mereka juga hanya akan menahan suspek dalam tempoh waktu yang pendek sebelum dilepaskan begitu sahaja.

Setakat ini, hasil siasatan telah melaporkan yang sebanyak RM500,000 telah dibeikan kepada penguatkuasa yang terbabit dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Sebenarnya kita sebagai rakyat biasa sudah lama tahu yang perkara seperti ini berlaku dan diharapkan pihak SPRM dapat mengetatkan lagi kawalan kerana ini terjadi dari perbuatan orang dalam sendiri.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang benci dengan rasuah di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas