Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Sotong Sebesar Bas Mini Berjaya Ditangkap

Umum

(Gambar) Sotong Sebesar Bas Mini Berjaya Ditangkap

 

Sekumpulan nelayan laut di Auckland berjaya menangkap seekor sotong gergasi yang jarang ditemui sebesar saiz sebuah bas mini di kawasan lautan terpencil di Antartika.

ADVERTISEMENT

Kapten kapal, John Bennett bersama anak buahnya berkata ini merupakan kali kedua dia berjaya menangkap sotong gergasi seberat 350 kilogram. Sotong pertama ditangkap di Laut Rose kira-kira tujuh bulan lalu.

“Kali pertama saya menangkap sotong gergasi adalah kira-kira tujuh tahun lalu dan kini sotong tersebut dipamerkan di Muzium Kebangsaan New Zealand, Te Papa,” jelasnya.

Sotong yang mempunyai lapan sesungut dengan setiap satunya berukuran satu meter itu kini dibekukan sejak ditangkap bagi membolehkan para saintis membuat kajian.

Saintis sotong dari Universiti Teknologi Auckland, Kat Bolstad yang mengetuai penyelidikan terhadap sotong berkenaan menyifatkan haiwan tersebut sebagai ‘begitu besar dan cantik’.

“Pada dasarnya ini merupakan satu spesies yang jarang ditemukan dan merupakan satu peluang keemasan bagi kami untuk mengkajinya.

“Kami begitu teruja untuk mengenali sotong ini yang dipercayai sotong betina dan mempunyai telur,” jelas Bolstad.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas