Connect with us

Pernah Bayangkan Tak Dulu, Main Game Mampu Untuk Jana Income? Berikut Inilah 10 YouTuber Gaming Terkaya Di Dunia!

Oh! Tidak

Pernah Bayangkan Tak Dulu, Main Game Mampu Untuk Jana Income? Berikut Inilah 10 YouTuber Gaming Terkaya Di Dunia!

Sumber gambar dari Forbes

Siapa dulu mak ayah dia tak bagi dia main permainan video sehinggakan korang sanggup kumpul duit belanja sekolah semata-mata pergi ke cybercafe, untuk bermain video game? Ohmedia pernah. Sanggup simpan duit tambang bas dan balik jalan kaki semata-mata untuk berkumpul dengan kawan-kawan, bermain Counter-Strike hari sabtu, lepas kelas tambahan bahasa Arab, haha!

Tapi siapa sangka permainan video yang dulu sering dimomokkan tiada masa depan kini mampu menjana hasil jutaan ringgit contohnya berapa individu ni. Individu-individu ini membuat channel YouTube dengan content gaming, mampu meraih pendapatan yang lumayan berdasarkan jumlah tontonan video yang dibuat. Itu belum lagi kira mereka buat side income, contohnya buat paid review berkaitan gaming. Jadi, kalau korang nak tahu individu berkenaan, berikut adalah 10 YouTuber gaming yang terkaya di dunia.

1. Ninja (Tyler Belvins)

Sumber gambar dari Pinterest

Melalui channel miliknya, Ninja, Tyler Belvins yang berusia 28 tahun telah menjana pendapatan sekitar 17 juta Dollar, bersamaan RM70juta tahun lepas. Channel milik beliau kini mempunyai 22 juta subscribers dan content yang diketengahkan adalah games Fortnite.

2. PewDiePie (Felix Kjellberg)

Sumber gambar dari DriveTribe

Bila sebut nama Felix Kjellberg, mungkin ada yang tidak mengenali, namun channel miliknya yang diberi nama PewDiePie kini mempunyai 100 juta subscriber. Selain bermain games, beliau turut membuat content komedi dan mengulas secara kelakar yang disebut sebagai meme di channel nya. Channel miliknya meraih pendapatan sebanyak 15 juta Dollar, bersamaan RM60juta tahun lepas.


3. Preston (Preston Arsement)

Sumber gambar dari WebProNews

Channel yang diberi nama Preston ini dimiliki oleh seorang gamer bernama Preston Arsement, individu yang berusia 25 tahun ini kerap buat content game Minecraft dengan subscriber sebanyak 11.5 juta. Channel milik Preston ini telah meraih pendapatan 14 juta Dollar, bersamaan RM58juta tahun lepas.


4. Markiplier (Mark Fischbach)

Sumber gambar dari Wired

Individu yang keempat adalah Mark Fischbach dengan channel Youtube bernama Markiplier, telah berjaya meraih pendapatan sebanyak 14 juta Dollar, bersamaan RM58juta tahun lepas dengan subscriber sebanyak 24.9 juta. Content yang diketengahkan adalah game berunsur seram serta beberapa video komedi.


5. Shroud (Michael Grzesiek)

Sumber gambar dari TheLoadout

Individu seterusnya ini merupakan seorang gamers professional yang bermain game Counter-Strike:Global Offensive yang bernama Michael Grzesiek yang mempunyai channel YouTuber bernama Shroud dimana content channel nya lebih kepada game-game perang seperti PUBG, Call of Duty, dan Apex Legend. Tahun lepas channel miliknya telah meraih 12.5 juta Dollar bersamaan RM51juta dengan 5.7 juta subscriber.


6. DanTDM (Daniel Middleton)

Sumber gambar dari GettyImages

Channel YouTuber ini telah meraih pendapatan sebanyak 12 juta Dollar, bersamaan RM50juta tahun lepas. Pemilik kepada channel bernama Daniel Middleton yang berusia 28 tahun dengan 22.4 juta subscriber. Content channel nya adalah game Minecraft.


7.  VanossGaming (Evan Fong)

Sumber gambar dari GazetteReview

Channel VanossGaming ini dimiliki oleh individu bernama Evan Fong yang telah mencatat pendapatan sebanyak 11.5 juta Dollar, bersamaan RM47juta tahun lepas. Ada beberapa game yang dijadikan content di channel miliknya seperti Grand Theft Auto V (GTA V), Garry’s Mod, hingga beberapa game francais Call of Duty. Channel ini mempunyai 24.9 juta subscriber.


8. Jacksepticeye (Sean McLoughlin)

Sumber gambar dari Flickr

YouTuber dengan nama Sean McLoughlin ini telah mencacatkan penghasilan income sebanyak 11 juta dollar AS bersamaan RM45juta pada tahun 2019. McLoughlin, kerap membuat content game-game terkenal. Individu ini berumur 27 tahun ini dan telah berjaya menarik minat para 23 juta subscriber.


9. TimTheTatman (Timothy Betar)

Sumber gambar dari Dot Esport

Timothy Betar sebagai pemilik channel TimTheTatman telah berjaya meraih pendapatan sekitar 8 juta dollar AS atau bersamaan RM32juta. Individu yang dengan janggut ini selalu memainkan pelbagai jenis game popular, contohnya Fortnite, GTA V, Call of Duty: Modern Warfare, Sea of Thieves, hingga Apex Legends. Channel miliknya ini telah mencatatkan sebanyak 1.83 juta subscriber.


10. Nickmercs (Nick Kolcheff) 

Sumber gambar dari The Esport Observer

Yang terakhir adalah Nick Kolcheff yang terkenal dengan channel Nickmercs. Keunikan channel ini ialah pemiliknya Nick memainkan game Fornite sebagai content yang menggunakan controller kerana ia dikatakan sukar berbanding menggunakan keyboard dan mouse. Channel nya telah berjaya meraih pendapatan sebanyak 6 juta dollar AS atau 24 juta pada tahun 2019. Terkini channel tersebut memiliki sebanyak 1.98 juta orang subscribers.

OHMEDIA: SIAPA CAKAP MAIN GAME TAKDA MASA DEPAN? KITA CUMA PERLUKAN PLATFORM YANG BETUL UNTUK JANA INCOME DARI BERMAIN GAME.

Sumber: Kompas.Com

+ Baca respon pembaca mengenai YouTuber terkaya di Facebook Oh! Media.

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top