Connect with us

Oh! Media

Buat Pilihan Salah, Amy Search Tukar Protoge Mentor Legend?

Umum

Buat Pilihan Salah, Amy Search Tukar Protoge Mentor Legend?

ADVERTISEMENT

Sebelum ini Oh! Media ada mendengar cerita bahawa Amy Search menyesal dengan pemilihan protoge yang dilakukannya kerana protogenya dikatakan seorang yang besar kepala. Namun, kami tidak dapat mengesahkan cerita itu.

Tup-tup, semalam Amy Search telah membuat keputusan untuk menukar protogenya dengan mengadakan pertandingan semula buat protogenya Zelmi dengan Sarah. 

Dengan itu, Amy Search akhirnya memilih Sarah sebagai protogenya sekaligus melucutkan protogenya sebelum ini. Malah Amy mengakui persembahan Sarah sebenarnya lebih baik daripada Zelmi.

“Saya minta maaf kepada semua mentor saya tidak mahu komen lebih
saya rasa ini adalah terbaik,” katanya sebaik mengumumkan Sarah sebagai
protege pilihannya yang baharu.

Pemilihan Zelmi sebelum ini mengundang reaksi tidak puas hati di
kalangan penonton termasuk ada yang bertindak melahirkan kritikan mereka
melalui akaun laman sosial milik Amy.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas