Connect with us

Oh! Media

Wanita Dakwa Ruhainies Ada ‘Sugar Daddy’, Ini Respon Tuan Badan!

Ohmedia ruhainies Bunga

Trending

Wanita Dakwa Ruhainies Ada ‘Sugar Daddy’, Ini Respon Tuan Badan!

Ruhainies bengang dituduh ada ‘sugar daddy’, siap cari si pelaku.

Pelakon cantik, Ruhainies meletup di media sosial selepas dituduh memiliki ‘sugar daddy’ oleh seorang wanita misteri. 

Menurut laporan mStar, tuduhan panas itu dilemparkan melalui satu komen yang menyentuh tentang status perkahwinannya.

Sudah 33 tak nak kahwin ke? Oh ya sugar daddy belaan tak bagi kahwin ke? Nanti elaun bulanan kena henti.

Perkara itu dikongsi sendiri Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas menerusi Instastory miliknya.

IKLAN

Ruhainies mahu cari individu terbabit

Ruhainies

Tidak berdiam diri, Ruhainies tampil mencari individu yang membuat tuduhan liar itu dan memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat.

Sesiapa kenal wanita ini? Boleh kongsi dengan saya maklumat melalui DM? Sebab saya nak ajak dia borak, dia ‘seen’ saja. Tadi rancak sangat.

Dia turut berkongsi gambar komen beserta wajah wanita berkenaan yang dipercayai pemilik akaun terbabit.

Tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

Ruhainies 2

Ruhainies juga sempat memberi sindiran pedas dalam posting seterusnya.

Kalau dia betul, ingat nak kasi dia hadiah sedikit sempena ulang tahun kelahiran saya ini. Kalau tak betul, kita jumpa di balai?

Ruhainies menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan tanpa asas itu jelas menjatuhkan maruah dirinya.

Pssttt! Tak salah nak bergurau di media sosial, tapi jangan sampai fitnah dan tuduh orang sembarangan. Ingat, setiap kata boleh jadi bukti di mahkamah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas