Trending
“Walid Call Umi Dapat Duit Kahwin” – Ryan Bakery Terkejut Dapat ‘Gift’ Mahal Di TikTok
Rezeki terpijak! Itulah yang dapat digambarkan apabila influencer TikTok terkenal, Ryan Bakery meraih hadiah mahal daripada penonton semasa sesi langsung semalam.
BACA: “Starting Music Dah Agak Siapa” – Netizen Terhibur Tengok Drama Shuib Dan Ryan Bakery ‘Budak Bedak’
Dia yang biasanya membuat jenaka ringkas di TikTok terkejut kerana telah menerima ‘gift’ Singa yang mempunyai nilai yang sangat tinggi berulang kali.
Ryan yang sangat teruja dengan penghargaan peminat itu turut berkongsi perasaannya itu bersama tunangnya melalui panggilan telefon.
Dia secara berseloroh membahasakan dirinya sebagai Walid memberitahu Umi (tunangnya) bahawa duit simpanan untuk kahwin mereka sudah cukup.
Dengan riak muka terharu, Ryan berkata ramai yang memberikan hadiah yang bernilai tinggi untuk dirinya malam itu.
Dalam satu hantaran lain, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Hassan mendedahkan nilai wang di sebalik ‘gift’ yang diberikan penonton mengikut jenis.

Dia turut memuji Ryan yang pandai menggunakan media sosial dengan betul sehingga mampu memanfaatkan diri sendiri. Agak-agak siapa sebenarnya ‘Sultan Pemurah’ ni ya?
Kredit: Muhammad Hassan | TikTok @nrfarrahhanim
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM