Connect with us

Oh! Media

(Video) Tak Dipanggil ‘Baby’ Punca Lelaki Mengamuk Baling Air Panas Pada Muka Budak 4 Tahun

Oh! Tidak

(Video) Tak Dipanggil ‘Baby’ Punca Lelaki Mengamuk Baling Air Panas Pada Muka Budak 4 Tahun

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki mengamuk dalam sebuah restoran hingga melempar air panas pada muka seorang kanak-kanak berusia 4 tahun.

ADVERTISEMENT

BACA: Pelajar Perempuan Mengamuk Dan Bakar Asrama Hanya Kerana Telefon Bimbit Dirampas

Difahamkan punca lelaki tersebut mengamuk adalah disebabkan pekerja restoran itu enggan memanggilnya dengan panggilan abang atau baby. Serius ah?

Lelaki mengamuk

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, tindakan pekerja yang memanggilnya ‘pakcik’ membuatkan lelaki itu berang.

Lelaki itu membaling makanan serta minuman panas lalu terkena seorang kanak-kanak berusia empat tahun. Pemilik restoran membuat laporan polis selepas video yang memaparkan insiden itu tular di media sosial.

Dalam video tersebut, lelaki itu juga bertindak dengan menendang meja kedai beberapa kali dan membaling beberapa biji kerusi.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen berasa kasihan dan geram terhadap tindakan lelaki itu membaling air panas tepat kepada muka seorang kanak-kanak

lelaki

Pihak polis kini sedang berada dalam usaha untuk mengesan dan menangkap suspek tersebut. Orang ramai yang pernah mengetahui lelaki berkenaan diminta menghubungi talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya) atau Pegawai Penyiasat Inspektor Dinesh Ganasan di talian 011-33094457.

Kredit: Majoriti I TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas