Connect with us
pelajar perempuan

Oh! Tidak

Pelajar Perempuan Mengamuk Dan Bakar Asrama Hanya Kerana Telefon Bimbit Dirampas

Allahu, walaupun kejadian ini tidak berlaku di Malaysia, tetap terasa takutnya. Tindakan pelajar perempuan membakar asrama sekolah menengah telah mengorbankan 19 pelajar yang juga rakan-rakanya yang masih ada di dalam.

Kejadian ini berlaku di Sekolah Menengah Mahdia, Guyana Amerika Selatan dan hasil siasatan mendapati ianya berpunca selepas pelajar perempuan itu tidak berpuas hati telefon bimbitnya dirampas.

IKLAN

Kejadian ini disahkan Penasihata Keselamatan Negara, Gerald Gouveia di mana suspek dikenakan hukuman tatatertib kerana didapati ada hubungan dengan seorang lelaki yang lebih berusia.

Pelajar perempuan itu disyaki menyebabkan kebakaran besar kerana telefon bimbitnya dirampas oleh warden asrama dan seorang guru. Apabila bomba tiba, bangunan kayu dan konkrit yang menempatkan 57 kanak-kanak itu hangus.

Pihak bomba berjaya menyelamatkan 38 orang pelajar selepas memecahkan dinding dan 19 lagi terkorban.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas