Connect with us

Oh! Media

(Video) Lari Dari Polis, Rempuh Kenderaan, Netizen Anggap Dah Macam Main GTA

Trending

(Video) Lari Dari Polis, Rempuh Kenderaan, Netizen Anggap Dah Macam Main GTA

Viral di social media semalam video seorang lelaki yang memandu Iswara putih telah dikejar oleh kereta peronda polis. Kalau korang tengok, situasi dalam video tu dah macam tengah main game GTA!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan, lelaki tu sebenarnya dalam cubaan untuk larikan diri dari sekatan jalan raya di Kilometer 1 Jalan Manong-Kuala Kangsar. Suspek yang asalnya dari arah Manong ke Kuala Kangsar, telah memberhentikan keretanya di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

Bila polis datang check, tiba-tiba lelaki tu terus reverse dan larikan diri. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, sepanjang melarikan diri, lelaki tersebut telah merempuh sebuah motosikal dan langgar bahagian belakang kereta peronda polis.

“Polis telah mengejar kenderaan suspek dan mengarahkannya untuk berhenti, namun tidak diendahkan dan suspek telah bertindak masuk ke laluan bertentangan hingga merempuh sebuah motosikal ditunggang seorang wanita. Selepas pelanggaran itu, suspek tidak berhenti sebaliknya terus memecut laju ke Taman Chandan Putri dan berpusing di kawasan taman berkenaan beberapa kali.” – katanya.

Lelaki tersebut kemudian dapat ditangkap kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian. Rupa-rupanya, dia cuma takde lesen dan roadtax mati. Bukannya ada simpan barang terlarang ke apa. Tapi sebab perbuatan dia, habis rosak kereta polis, wanita yang tunggang motosikal tu pun patah pergelangan tangan kanan dan luka-luka kecil di bahagian badan.

Siasatan lanjut suspek mempunyai satu rekod tangkapan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 pada tahun 2017 dan lapan saman atas pelbagai kesalahan. Lelaki terbabit kini ditahan dan permohonan reman akan dibuat bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.” – tambahnya.

Lain kali kalau dah buat salah, akui je lah kesilapan kita. Macam tu jauh lebih baik daripada kita bahayakan diri macam ni. Tak pasal-pasal individu tak bersalah pun terlibat sama.

Kredit: Sinar Harian, Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media



Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas