Connect with us

Oh! Media

(Video) Demi Anak, Ayah Sampai Terpelanting Ditinju Kanggaru

Kanggaroo

Trending

(Video) Demi Anak, Ayah Sampai Terpelanting Ditinju Kanggaru

Biasa kalau kita tengok cartoon yang ada kanggaru, mesti ia akan dikaitkan dengan tinju, kan? Sebab haiwan ini memang terkenal dengan cara ia bertumbuk yang seolah-olah nampak macam tengah bertinju.

Png clipart australia boxing kangaroo fist kangaroo mammal animals

Kalau korang tengok dekat Youtube, ada banyak video yang tunjuk diorang memang pandai berlawan. Dengan bahagian atas badan yang tegap, disokong pula dengan ekornya sebagai kaki yang ketiga, memang nampak macam petinju betul lah!

Menurut laporan DailyMail baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi mangsa tinju kanggaru di Australia. Video tersebut telah dirakam sendiri oleh ahli keluarga mangsa, Mitchell Robinson. Dalam video tersebut, jelas menunjukkan kanggaru itu telah melompat ke arah Robinson dan melepaskan tumbukan sebelum melarikan diri. Member sampai terpelanting tau dekat tanah.

IKLAN

Kata Robinson, kanggaru itu dah berkeliaran dekat rumahnya agak lama, dan kemudian mula menggali lubang. Ketika cuba dihalau, tiba-tiba binatang itu mula bertindak agresif. Jadi sebab nak lindungi anak-anaknya, Robinson pun cuba ambil sesuatu untuk menghalau binatang tersebut. Tak semena-mena, ia terus melompat dan menumbuk Robinson.

Tapi, nasib baik tiada kecederaan serius dilaporkan. Kesian juga dekat Robinson, dah lah sebelah lengannya memang patah. Kalau dua-dua tangannya elok, mungkin kanggaru itu pula yang kena tumbuk.

Kredit: Kosmo!, news.com, Youtube

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas