Connect with us

Oh! Media

Siti Jamumall Menangis, Datuk Seri Vida ‘Sponsor’ Kos Bersalin Di Hospital Swasta

Ohmedia siti Jamumall

Trending

Siti Jamumall Menangis, Datuk Seri Vida ‘Sponsor’ Kos Bersalin Di Hospital Swasta

Siti Jamumall menangis dapat tahu Datuk Seri Vida akan tanggung sepenuhnya kos bersalin.

Siapa sangka, selepas melalui fasa gelap perceraian, rezeki luar biasa pula datang menjengah hidup pempengaruh sensasi, Siti Jamumall.

BACA: ”Kalau Saya Dah Bujang Nanti, Goodluck” – Siti Jamumall Akui Ada Hasrat Berkahwin Lagi

Kali ini, bukan calang-calang orang yang tampil menghulurkan bantuan. Menerusi satu hantaran video, Siti mendedahkan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida mahu menanggung kos penuh bersalin Siti.

IKLAN

Video itu juga menunjukkan Siti ditemani ibunya dan Datuk Seri Vida melawat sebuah hospital swasta di Ipoh yang bakal menjadi lokasi bersalinnya tak lama lagi.

Pengorbanan yang takkan dilupakan

@sitijamumall

ketika ujian datang bertubi-tubi, mama vida hadir bagai pelindung. Perngorbanan mama bayarkan bil hospital ini, Siti takkan lupa sampai akhir nyawa.”#fyppp #viral #sitijamumall @QU PUTEH BARULAH PUTEH

♬ original sound – sitijamumall – sitijamumall

Lebih menyentuh perasaan apabila Siti mengakui tidak akan melupakan jasa besar wanita hebat itu.

Ketika ujian datang bertubi-tubi, Mama Vida hadir bagai pelindung. Pengorbanan Mama bayarkan bil hospital ini, Siti takkan lupa sampai akhir nyawa.

Datuk Seri Vida turut memohon agar orang ramai mendoakan keselamatan dan kelancaran urusan bersalin Siti.

Rata-rata netizen turut tersentuh dengan video tersebut dan ramai yang memuji Vida mendoakan agar usahawan itu dilimpahkan rezeki.

Pernah diceraikan secara live

Siti Jamumall

Terdahulu, Siti Jamumall menjadi tumpuan apabila diceraikan talak tiga secara langsung di TikTok.

Sebelum itu, Siti berjalan kaki sejauh 15km dengan perut sarat hasil perkahwinan dengan suaminya, Aiman Tak Kesah.

Siti dan Aiman sebelum itu pernah bercerai namun rujuk kembali dalam tempoh 24 jam. Namun, kurang sebulan rujuk, tiba-tiba mereka bertengkar dan bercerai talak tiga.

Pssttt! Semoga segalanya dipermudahkan buat Siti, dan semoga kebaikan Vida dibalas berlipat kali ganda.

Kredit: TikTok Siti Jamumall
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas