Oh! Artis
Fara Salleh Lahirkan Anak Sulung Seorang Diri, Shuk Sahar Terus ‘Lepas Tangan’
Isteri pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh selamat melahirkan bayi perempuan tanpa suami di sisi.
Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh, dedah sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang dinamakan Elaine Nada.
BACA: Shuk Sahar Minta Pembantu Rumah Geledah Rumah Gara-Gara Tuduhan Sorok Dokumen Jantung Fara Salleh!
Lebih memilukan, Fara mengakui dia melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak seorang diri tanpa kehadiran suami di sisi.
“Melahirkan anak seorang diri tanpa bayang seorang lelaki”
Dalam perkongsian itu, Fara berkongsi detik cemas serta pengalaman getir melahirkan anak secara pembedahan (czer) selepas lebih dua hari menahan sakit dan berjuang seorang diri di hospital.
Katanya, Fara memulakan rawatan pada 24 Jun selepas doktor mendapati air ketuban semakin berkurang dan bayi kurang berat badan.
Pada 26 Jun, selepas proses induce dan epidural tidak berjaya membuka jalan kelahiran, dia akhirnya dimasukkan ke dewan bedah pada jam 5.30 petang.
Anaknya, Elaine Nada, dilahirkan seberat 2.1 kilogram dan terpaksa dimasukkan ke wad kerana dijangkiti kuman daripada air ketuban.
Petik nama mak bapa Shuk Sahar
Tak cukup di situ, Fara turut memetik nama ibu bapa Shuk iaitu Encik Sahar dan Puan Ainun. Fara mengungkit segala pengorbanan yang pernah dilakukan sepanjang menjadi menantu mereka.
Terdahulu, Fara mendedahkan suaminya Shuk Sahar tidak mempedulikan dirinya yang sarat hamil. Shuk dikatakan lepas tangan dan tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Tidak tahan hidup bersama, Fara minta dilepaskan dan Shuk akhirnya menceraikan Fara melalui panggilan telefon bersama ejen nikah di Thailand.
Pssttt! Semoga Fara terus kuat membesarkan anak yang baru lahir. Kepada Elaine Nada, diharapkan dapat membesar dengan sihat dan dikelilingi kasih sayang yang mencukupi.
Kredit: Instagram Fara Salleh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM