
Trending
”Kalau Saya Dah Bujang Nanti, Goodluck” – Siti Jamumall Akui Ada Hasrat Berkahwin Lagi
Siti Jamumall akui mahu kahwin lagi walaupun dah dua kali bercerai. Belum buka hati sebab masih dalam iddah.
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin mendedahkan bahawa dia masih menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga, meskipun sudah dua kali melalui episod penceraian.
Menerusi satu temu bual bersama Astro Gempak yang dimuat naik ke TikTok, Siti berkata buat masa ini dia belum bersedia membuka hati kepada mana-mana lelaki kerana masih dalam tempoh iddah.
Saya tak nak buka hati saya dekat sesiapa sebab masih dalam iddah. Tapi kalau saya dah bujang nanti, okay goodluck. Saya muda lagi kan, saya nak kahwin lagi.
“Wanita kena hargai diri sendiri…” – Siti Jamumall
Dalam masa sama, Siti turut berkongsi pandangan mengenai perkahwinan dan pentingnya wanita menjaga nilai diri.
Katanya, kesilapan dalam perkahwinan terdahulu mungkin berpunca daripada dirinya yang belum cukup menghargai diri sendiri pada ketika itu.
Ada orang yang tak menghargai benda percuma. Sebab itu wanita kena hargai diri sendiri.
Sebab tu ibu bapa susah nak lepaskan anak berkahwin. Mereka nak pastikan lelaki itu betul-betul hargai anak mereka. Kadang-kadang benda yang senang dapat, senang juga buang.
Cerai dua kali, kali terakhir di TikTok live

Untuk rekod, perkahwinan Siti bersama suami keduanya, Khairul Aiman Abdul Kudus, pernah mencetus perhatian netizen apabila dia diceraikan secara terbuka dalam sesi siaran langsung di TikTok.
Difahamkan, mereka pernah rujuk semula sebelum akhirnya bercerai buat kali kedua.
Pssttt! Jangan takut bermula semula. Tapi pastikan kali ini, bermula dengan lebih bijak, lebih yakin, dan paling penting, lebih sayang pada diri sendiri dahulu.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
