Connect with us

Oh! Media

“Silalah Pindah Ke Gaza Sekarang Dan Bantu Orang Di Sana” – Azhar Sulaiman Kritik Artis Sokong Palestin

Oh! Artis

“Silalah Pindah Ke Gaza Sekarang Dan Bantu Orang Di Sana” – Azhar Sulaiman Kritik Artis Sokong Palestin

Gerakan #Blockout2024 jadi bualan panas di media sosial sehingga ramai artis tampil memberikan pelbagai pandangan. Walau bagaimanapun pelakon veteran, Azhar Sulaiman mengejutkan netizen kerana difahamkan mengkritik rakan artis yang menyokong pejuang Palestin.

ADVERTISEMENT

BACA: “Apa Benda ‘Blockout’ Ni Pulak? Mazhab Apa Ni? – Aqasha

Menerusi hantaran Instagram yang dikongsi, Azhar menyuruh artis yang menyokong palestin untuk berpindah ke negara itu.

Dia juga berpendapat negara itu sedang bergolak disebabkan oleh pejuang Palestin dan memberikan lesen kepada Israel untuk melancarkan serangan ke negara berkenaan.

Kepada artis-artis Malaysia yang lantang sangat sokong H***s buat serangan pada 7 Oktober 2023, silalah pindah ke Gaza sekarang dan bantu orang di sana.

Jangan sedap mulut saja promosi dan sokong orang lain pergi berperang.

Bapa kepada pempengaruh, Leona juga difahamkan mengeluarkan kata-kata kesat di hantaran berkenaan yang menaikkan kemarahan netizen.

Rakyat Gaza menderita dan kalian masih gembira meneruskan kehidupan dan bergerak ke hadapan (move on). Macam s*al.

Namun hasil pemerhatian kami, Azhar Sulaiman telah memadam hantaran yang dibuat setelah menerima kecaman teruk dari netizen.

Tak patut sebenarnya Azhar mengeluarkan kenyataan macam ni. Sama-samalah kita doakan dia sedar dengan kesilapan yang dibuat.

Kredit: Instagram @azharbsulaiman

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas