Connect with us

Oh! Media

Sepi Tanpa Penghuni Di Tengah Hutan, Lelaki Ini Dakwa Jumpa Lokasi ‘KKN Di Desa Penari’

kkn desa penari

Trending

Sepi Tanpa Penghuni Di Tengah Hutan, Lelaki Ini Dakwa Jumpa Lokasi ‘KKN Di Desa Penari’

Diadaptasi daripada kisah benar, ‘KKN Di Desa Penari’ mendapat sambutan hangat peminat filem seram. Ramai yang memberikan reaksi positif sehingga ada yang sanggup menjejak lokasi sebenar kejadian.

ADVERTISEMENT

BACA: Duit Bertukar Jadi Daun, Individu Kongsi Kisah Seram Terima Pesanan Dari ‘Makhluk Halus’?

Seperti video viral ini, seorang Youtuber dikenali sebagai Sultoni Irsyah mendakwa telah menjumpai kawasan desa yang dikaitkan dengan filem tersebut.

Perkongsian di laman Youtube bertajuk “Perjalanan Menuju Desa Penari KKN Yang Sudah Ditinggalkan Penduduknya” itu sehingga kini mendapat hampir 400,000 tontonan.

Jumpa kampung KKN Desa Penari?

kkn desa penari

Menerusi rakaman tersebut, lokasi misteri yang ditemuinya itu dikatakan berada di kawasan Timur Pulau Jawa. Jalan menuju ke perkampungan itu sangat berliku dan sempit hanya boleh dilalui motosikal.

Di kiri dan kanan jalan pula dipenuhi dengan pokok-pokok besar seperti mana yang dipaparkan di dalam filem. Setibanya di lokasi, dia nampak beberapa rumah dan bangunan ‘tinggal’ tanpa penghuni dipenuhi semak samun.

Sunyi tanpa penghuni

kampung kkn desa penari

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sejauh manakah kebenaran lokasi itu. Ada juga yag mendakwa lokasi asal kejadian KKN Desa Penari di wilayah Rowo Bayu, Kecamatan Songgon, Banyuwangi. Siap ada yang kata ada kampung ‘hilang’ di situ. Biar betul?

Sehingga kini, lokasi sebenar kejadian masih menjadi misteri dan tanda tanya penonton.

Kredit: tribunnews

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas