Connect with us

Oh! Media

Duit Bertukar Jadi Daun, Individu Kongsi Kisah Seram Terima Pesanan Dari ‘Makhluk Halus’?

Trending

Duit Bertukar Jadi Daun, Individu Kongsi Kisah Seram Terima Pesanan Dari ‘Makhluk Halus’?

Umum mengetahui, makhlus halus adalah sejenis makhluk yang tidak mempunyai jasad seperti manusia dan diyakini wujud oleh kebanyakan masyarakat di dunia.

ADVERTISEMENT

BACA: (VIDEO) Tular Penampakan Pontianak Terbang Cetus Tanda Tanya Netizen

Malah, sesetengah pihak juga turut mengklasifikasikan bahawa golongan jin dan syaitan juga turut hadir dalam kelompok makhluk halus dan masyarakat beragama Islam wajib percaya akan kewujudan mereka.

Sejak akhir-akhir ini juga, terdapat banyak kisah seram yang dikongsikan oleh segelintir masyarakat tentang penampakan ‘mereka’ termasuklah ketika melakukan pekerjaan pada waktu malam.

Individu kongsi kisah seram, terima pesanan dari makhluk halus?

Bagaimanapun, perkara itu dilihat turut terjadi kepada seorang individu apabila dia nekad menceritakan kisah seram apabila berhadapan dengan mahkluk ghaib itu.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di laman Facebook, kejadian itu dikatakan berlaku di Taman Tasek Ipoh semasa Perintah Kawaan Pergerakan (PKP) 2.0 beberapa bulan yang lalu.

Bercerita mengenai kejadian, dia yang bekerja sebagai penghantar makanan telah menerima pesanan dari seorang pelanggan kira-kira pukul 1.30 pagi.

Menurutnya, selepas usai menghantar pesanan itu dan menerima wang tunai, dia mula merasa tidak sedap hati apabila terdapat bau yang kurang menyenangkan menyebabkan dirinya terus meninggalkan kawasan tersebut.

Namun ketika itu, dia mula berasa hairan selepas mendapati pelanggan yang merupakan seorang wanita itu tidak lagi kelihatan selepas melihatnya menerusi cermin sisi motosikal.

Masa hantar tu tak nampak muka sangat. Tapi lepas ada bau yang sangat busuk, saya dah tak sedap hati saya terus gerak pandang side mirror motor. Tengok Perempuan tu hilang sekelip mata.

Selain itu, dia juga mengakui sepanjang melalui kawasan taman itu, kelihatan beberapa ekor anjing yang menyalak kuat seakan-akan memberitahu terdapat ‘sesuatu’ berhampirannya.

Duit bertukar jadi daun, rekod panggilan turut ‘ghaib’

Lebih mengejutkan, individu itu juga turut mendapati wang yang diberikan oleh wanita itu telah bertukar menjadi daun serta rekod panggilan keluar masuk dengannya turut ‘ghaib’.

Walaupun sudah mendapatkan rawatan, namun dia tetap tidak dapat melupakan peristiwa itu selain turut mendedahkan nama serta alunan suara wanita tersebut.

Seminggu saya demam. Yang tak masuk akal! Rekod panggilan keluar masuk hilang, macam tak pernah wujud. Ustaz yg merawat saya tu cakap “Tiada yang mustahil, ini mainan Jin”.

Apa yang saya akan ingat sampai bila-bila nama perempuan tu Haslinda, suara serau basah, dan bau pada perempuan tu sangat busuk.

Bagaimanapun, kejadian aneh yang terjadi itu sudah cukup memberikan pengajaran buat dirinya walaupun pada awalnya tidak mempercayai perkara-perkara tahyul seperti ini.

Kredit: Facebook Info Sungai Petani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas