Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Pelajar Tingkatan Dua Tumbuk Cikgu

Ohmedia pelajar tingkatan dua tumbuk cikgu

Oh! Tidak

Polis Tahan Pelajar Tingkatan Dua Tumbuk Cikgu

Seorang pelajar ditahan selepas menumbuk guru lelaki di sebuah sekolah di Kajang.

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Kajang ini memang mengejutkan ramai. Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dipercayai naik angin dan bertindak menumbuk muka gurunya sendiri gara-gara ditegur tidak hadir ke kelas Pendidikan Jasmani (PJ).

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, kejadian itu berlaku pada hari Selasa dan melibatkan seorang guru lelaki berusia 29 tahun.

BACA: Ini Nasib Pelajar Tingkatan Dua Tumbuk Cikgu Di Kajang

IKLAN

Cikgu ditumbuk depan pelajar lain, siap kena ugut…

 8401

Lepas kena tegur, pelajar tu dikatakan terus bergaduh dengan guru tersebut dan sampai sanggup tumbuk muka cikgu tu. Bukan itu je, dia juga mengeluarkan ugutan terhadap mangsa.

Susulan teguran, berlaku pergelutan antara suspek dan mangsa sebelum pelajar itu bertindak menumbuk muka guru berkenaan dan mengeluarkan ugutan.- Kata Naazron dalam satu kenyataan rasmi.

Lebih mengejutkan, kejadian tu berlaku depan beberapa guru lain dan juga pelajar yang turut menyaksikan insiden tersebut.

Polis tahan pelajar, cikgu buat laporan lepas video tular di media sosial…

Pelajar tingkatan 2

Selepas kejadian, guru tersebut terus buat laporan polis kira-kira jam 7.15 malam hari yang sama. Suspek kemudian ditahan polis di kawasan sekitar Kajang.

Pelajar tu juga direman selama dua hari bagi membantu siasatan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang pada hari Rabu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Dalam masa yang sama, video insiden tersebut turut tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen. Ramai yang mengecam tindakan pelajar itu dan menyifatkan perbuatan dia sangat biadab dan tak patut berlaku terhadap seorang guru.

Pssttt! Zaman sekarang, makin ramai pelajar yang hilang rasa hormat terhadap guru. Ohmedia harap korang ingat jasa cikgu bukan setakat ajar baca buku, tapi juga bentuk disiplin kita. Kalau ada masalah, bincang elok-elok. Jangan sesekali guna kekerasan sebab akhirnya diri sendiri juga yang rugi.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas