Connect with us

Oh! Media

Polis Sahkan Ada Aktiviti Bog*l Masa ‘Queens Night’, Program Motivasi RM9,000

Ohmedia ehati

Trending

Polis Sahkan Ada Aktiviti Bog*l Masa ‘Queens Night’, Program Motivasi RM9,000

Polis sahkan program motivasi wanita ada unsur jelik memaparkan beberapa peserta berbogel.

Dalam laporan terdahulu, pihak polis disahkan telah menahan enam individu termasuk pengasas program motivasi yang didakwa mengaibkan seseorang, berkelakuan tidak senonoh dan melakukan jenayah kesalahan kecil.

Terbaru Berita Harian melaporkan, program yang dianjurkan di IDCC Shah Alam tahun lalu disahkan wujud aktiviti bogel melibatkan peserta dan fasilitator.

Queens Night ada aktiviti jelik

Program Motivasi

Difahamkan, aktiviti tidak senonoh itu berlaku dalam salah satu sesi khas yang dinamakan ‘Queens Night’ pada malam terakhir program berkenaan.

IKLAN

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, seramai empat individu iaitu fasilitator dan peserta program terlibat dalam aktiviti tersebut yang dikenali sebagai ‘rebirth’, di mana kesemua mereka dilaporkan berbogel semasa program itu berlangsung.

Peserta bayar sehingga RM9,000 sertai program ‘rebirth’

Program Ehati

Lebih mengejutkan, polis mendedahkan terdapat dua jenis pakej yang ditawarkan untuk menyertai program ini iaitu Pakej A berharga RM6,000 dan Pakej B berharga sekitar RM9,000.

Pakej B didapati mengandungi aktiviti tambahan seperti ‘Queens Night’ di mana kegiatan bogel (rebirth) berlaku.

Turut dirampas dalam serbuan adalah beberapa cecair minuman yang digunakan dalam program tersebut. Sampel bahan berkenaan telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis kandungannya.

Setakat ini, 30 daripada 50 peserta sudah memberi keterangan kepada pihak berkuasa. Program ini juga dilaporkan tidak hanya tertumpu kepada peserta Muslim, sebaliknya terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Kini polis sedang menyiasat sekiranya ada penjawat awam yang menyertai program berkenaan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 509 dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pssttt! Bayangkan membayar ribuan ringgit demi ‘motivasi rumah tangga’, tetapi berakhir dengan aktiviti yang mencetuskan rasa malu. Apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan melalui aktiviti ‘rebirth’ yang melibatkan bogel di khalayak?

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas