Connect with us

Oh! Media

“Support Vendor Dulu..” – Kieda Crepe Terima Penghargaan Penyumbang Zakat Emas Di Pulau Pinang

Ohmedia kieda Crepe Zakat

Trending

“Support Vendor Dulu..” – Kieda Crepe Terima Penghargaan Penyumbang Zakat Emas Di Pulau Pinang

Kieda Crepe berterima kasih kepada semua sehingga beliau diberi penghargaan oleh pusat zakat Pulau Pinang.

Usahawan terkenal, Kieda atau nama sebenarnya Khalieda Yusra mengucapkan syukur apabila menerima penghargaan istimewa sebagai penyumbang zakat Kategori Emas di Negeri Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi beliau, Khalieda berterima kasih kepada pelanggan dan seluruh team sehingga beliau menerima pengiktirafan tersebut.

“Support vendor dulu, baru support Kieda”

Kieda Zakat 2

Syukur Alhamdulillah, harini #kiedacrepehouse menerima penghargaan sebagai Penyumbang Zakat Kategori Emas di Negeri Pulau Pinang. Terima kasih untuk semua yang sudi support Kieda dan Team Kieda yang lain.

Apa yang lebih menyentuh hati, Khalieda turut mengingatkan bahawa kejayaan yang diraih bukan miliknya seorang, sebaliknya adalah hasil daripada sokongan dan rezeki yang dikongsi bersama vendor-vendor tempatan yang sama-sama membina perniagaan dari bawah.

IKLAN

Kejayaan ini turut menjadi bukti bahawa perniagaan yang dibina atas dasar ikhlas dan berkat akan sentiasa diberkati dan berkembang.

Pssttt! Daripada seorang usahawan kecil kini menjadi penyumbang zakat Kategori Emas, kisah Kieda ini memang memberi inspirasi. Tahniah Kieda!

Kredit: Facebook Khalieda Yusra
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas