Oh! Artis
“Kasihan, Teruskan Jika Ini Buat Awak Tenang Dan Bahagia, Kami Tetap Memaafkan” – Ibu Aliff Aziz
Ibu Aliff Aziz kecewa terus-terusan difitnah, kali ini kononnya mahu ambil cucu Ara dan Ayden pula.
Viral satu hantaran di media sosial mendakwa ibu kepada Aliff Aziz mengarahkan agar dua orang cucunya, Ara dan Ayden, dibawa pulang ke Singapura.
BACA: Aliff Aziz Dikecam Tak Ucap Selamat Hari Jadi Anak Kandung
Hantaran sensasi itu turut meletakkan kapsyen mendakwa Aliff berhak mengambil semula anak-anak tersebut. Biar betul?
Ibu Aliff Aziz difitnah lagi

Tetapi, ibu Aliff Aziz menjelaskan hantaran itu rupa-rupanya satu fitnah dan manipulasi tajuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Subhanallah Alhamdulillah ini lah yang dapat saya ucapkan buat penabur-penabur fitnah yang tidak berkesudahan. Kasihan. Teruskan lah jika ini membuat awak tenang dan bahagia, kami tetap memaafkan dan mendoakan kesejahteraan anda.
Menerusi ruangan komen di Instagram, ramai tampil memberi sokongan kepada ibu Aliff Aziz dan mengecam tindakan tidak beretika sesetengah pihak media yang menyebarkan maklumat tanpa usul periksa.
Seorang lagi pengguna turut menyarankan agar tindakan undang-undang diambil terhadap portal hiburan yang menyebarkan maklumat palsu.
Tindakan seperti ini bukan sahaja mencemarkan nama baik individu, malah mampu mengeruhkan lagi keadaan yang sedang tegang.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM