Connect with us

Trending

“Plot Twist Habis!”, Ebit Lew Didakwa Tak Serik, Gunakan Agama Untuk Populariti?

Sebelum ini tular pendakwah terkenal, Ebit Lew yang berkongsi momen ketika dia berada di Jakarta, Indonesia untuk menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal bertatu yang tinggal dijalanan. Korang tengok tak video tu?

Terbaru! Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang individu persoal adakah Ebit Lew tak rasa bersalah guna agama untuk konten. Apa kes ni?

IKLAN

Ebit Lew ni sejak kena charged 11 pertuduhan berkaitan dengan masalah peribadi, masih tak serik ya?

Dulu berlakon dekat Malaysia, lepas tu dekat Palestine, sekarang dekat Indonesia pula? Tak rasa bersalah ke guna agama sebagai content?

Bukan tu jer, individu yang dikenali sebagai Zac ini juga cuba untuk bongkarkan yang wanita bertatu tidur di jalanan seperti direkodkan dalam video terbaru Ebit Lew itu sebenarnya bukan gelandangan. Pulak dah!

Minta maaflah, aku bukan benci Ebit Lew, aku benci oranh tunggang agama ni untuk meraih konten.

Wanita bertatu yang dikenali sebagai Mondy itu sebenarnya Tiktokers yang agak famous di Indonesia yang mempunyai lebih 900k pengikut.

Zac juga mendakwa yang konten di Tiktok Mondy langsung tidak ada posting menunjukkan dirinya susah, terpaksa tidur atas kotak dan sebagainya.

Dah tak laku dekat Malaysia, buat hal negara org lain la pula. Semoga Allah memberi petunjuk kepada saudara Ebit Liew utk bertaubat.

Apapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara yang dikatakan individu ini benar ataupun tidak. Apa pandangan korang?

Kredit: Twitter Zac

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas