
Oh! Artis
Penyanyi Popular Disiasat Kes Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak Lelaki
Polis siasat penyanyi irama tradisional selepas didakwa lakukan amang seksual terhadap pelakon kanak-kanak.
Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang penyanyi terkenal yang dikaitkan dengan dakwaan serius melibatkan amang seksual ke atas seorang kanak-kanak lelaki.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
Ada (terima laporan). Kita dah jalankan siasatan.- Katanya.
Siti Kamsiah turut memaklumkan bahawa sebarang perkembangan berkaitan suspek akan diumumkan dalam masa terdekat. Buat masa ini, pihak polis masih dalam proses siasatan awal.
Caprice mula dedah identiti suspek selepas terima aduan mangsa…
Sebelum ini, nama penyanyi berkenaan menjadi bualan netizen selepas pempengaruh terkenal, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, mendedahkan wujud perbualan tidak senonoh antara penyanyi itu dengan seorang kanak-kanak lelaki.
Pendedahan itu mencetuskan keresahan ramai, apatah lagi apabila ibu kepada mangsa turut tampil membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa.

Difahamkan, ibu mangsa memaklumkan bahawa anaknya yang juga merupakan seorang pelakon telah mengalami perubahan ketara dalam tingkah laku sejak kerap berhubung dengan penyanyi irama tradisional tersebut.
Kes ini disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan kini menjadi tumpuan masyarakat yang menanti perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.
Pssttt! Ohmedia harap korang ambil serius bila nampak perubahan sikap anak-anak atau adik-beradik kecil kita. Jangan tunggu lama untuk bertanya atau buat aduan jika ada yang mencurigakan. Kes macam ni bukan sahaja menyayat hati, tapi juga bukti kenapa kita semua kena main peranan lindungi generasi muda.
Kredit: Buletin TV3
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
