Connect with us

Oh! Media

Pangkalan Tentera Pendatang Haram Israel Rosak Akibat Serangan Iran

israel

Trending

Pangkalan Tentera Pendatang Haram Israel Rosak Akibat Serangan Iran

Jurucakap tentera pendatang haram, Israel iaitu Daniel Hagari mengesahkan lebih 200 dron dan peluru berpandu telah dilancarkan dari Iran ke sebuah pengkalan tentera mereka.

ADVERTISEMENT

Walaupun kebanyakan serangan berjaya dipintas, pengkalan tentera mereka masih mengalami kerosakan yang agak teruk.

Berpuluh-puluh pesawat perang dikerahkan untuk memintas ancaman udara Iran. Pihak tentera kini berada dalam keadaan berjaga-jaga berikutan serangan Iran.

Iran lakukan serangan selepas Israel melakukan banyak perkara yang mancabar mereka..

Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRG) pula dalam satu kenyataan mengesahkan pelancaran serangan itu. Komando Barisan Dalam Negeri pula mengumumkan penamatan serangan Iran dan rakyat Israel tidak perlu lagi tinggal di tempat perlindungan.

Serangan itu sebagai tindak balas kepada banyak jenayah oleh Israel termasuk serangan minggu lalu ke atas bahagian konsulat Kedutaan Iran di Damsyik.

Serangan Israel ke atas kedutaan Iran di Damsyik

Untuk maklumat korang, seramai 13 orang warga Iran terkorban dalam serangan peluru berpandu Israel ke ataas Konsulat Iran di Damsyik pada 1 April, termasuk tujuh penasihat tentera mereka.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas