
Trending
Nonny Nadirah Kata Dah Tak Tahan Dengan Lelaki Yang Tak Serik Mahukan Tubuhnya
Sebelum ini kami melaporkan yang penyanyi, Nonny Nadirah muat naik satu video dalam bilik mandi dan sedang bermain buih ketika syampu rambut undang perhatian ramai.
BACA: Nonny Nadirah Buat Hal Lagi, Kali Ini Kongsi Video Di Bilik Mandi
Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, disebabkan penampilan terbarunya itu Nonny mendedahkan yang dia ada menerima pelawaan berhubungan intim. Allahu.
Walau bagaimanapun, Nonny mengatakan yang dia hanya menjual produk dan bukannya jual badan walaupun dah empat tahun menjanda.
Seksi saja tapi tak jual diri untuk cepat kaya. Saya jual produk bukan jual diri. Saya tiada teman lelaki, skandal, pernah berkahwin dan berstatus janda.
Sudah empat tahun tidak disentuh. Kalian jangan main-main ye.
Bukan tu jer, Nonny juga berkata yang dirinya seakan sudah serik untuk mendirikan rumah tangga.
Saya tidak mahu kahwin atau teman lelaki. Saya Bahagia begini. Permintaan yang mengarut saya maki setiap seorang.
Ada yang ugut bunuh lagi? Saya sudah letih.
Penyanyi itu juga tidak tahan dengan perangai sesetengah pihak yang masih tak putus asa untuk memiliki tubuhnya sehingga ke hari ini.
Daripada berpurdah sehingga sekarang dengan makhluk sebegini. Jangan melampau. Lebih baik focus dengan kehidupan kalian.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Harian Metro
