Connect with us

Oh! Media

‘Muntah Darah Sebanyak Dua Kali’ – Anggota APM Kongsi Keadaan Mangsa Kemalangan LRT

Trending

‘Muntah Darah Sebanyak Dua Kali’ – Anggota APM Kongsi Keadaan Mangsa Kemalangan LRT

Seramai 47 penumpang cedera parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT). Siasatan awal mendapati tren yang membawa penumpang dari arah Gombak menghala ke Kelana Jaya itu bertembung dengan tren yang sedang diuji dari arah bertentangan.

ADVERTISEMENT

BACA: Kes Kemalangan LRT, Seorang Peguam Tampil Jelaskan Hak Mangsa Yang Terlibat

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur, Leftenan Muda Ahmad Hakim Azmi ketika ditemubual Harian Metro menceritakan pengalaman tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas kemalangan berlaku.

Saya lihat salah seorang mangsa wanita berusia awal 20-an yang diberikan rawatan kecemasan muntah darah sebanyak dua kali. Ketika itu, saya yakin dia menghadapi masalah kecederaan dalaman akibat impak kemalangan tren LRT (Transit Aliran Ringan) itu.

Katanya, sebaik tiba kesemua mangsa masih berada di dalam gerabak. Keadaan sangat cemas berikutan terdapat mangsa yang cedera parah.

Ketika itu, kami nampak ramai mangsa tercedera masih berada di dalam gerabak. Keadaan memang mencemaskan berikutan ada mangsa yang cedera parah dan cedera ringan.

Bagaimanapun kami fokuskan bantuan kecemasan kepada penumpang tren yang cedera parah.

Menurut Ahmad Hakim lagi, ada mangsa dalam keadaan terbaring dan ada juga yang duduk di bangku menahan kesakitan.

Dia turut melihat seorang wanita dalam lingkungan 30-an duduk dalam keadaan paha kiri berlumuran darah.

Saya segera bertanyakan keadaannya sebelum dia memaklumkan amat sakit pada bahagian peha akibat tercampak sejurus rempuhan tren LRT berlaku. Berdasarkan pengalaman, saya mengesyaki tulang peha kiri mangsa patah.

Menceritakan dengan lebih lanjut, anggota APM berusaha memberikan rawatan awal kepada mangsa cedera sebelum mereka diangkat ke kawasan menunggu LRT di tingkat atas stesen.

Pelbagai keadaan mangsa dilihat ketika itu, ada yang patah hidung, cedera kepala dan muka selain pelbagai bentuk kecederaan lain.

Alhamdulillah, usaha membantu semua mangsa disertai anggota bomba, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis dilakukan dengan cekap, pantas serta teratur.

Tambahnya, kesemua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas