Trending
Penumpang Sanggup Kejar Bas, Pemandu Tutup Pintu Dan Taknak Berhenti?
Tular satu kejadian dimana terdapat pemandu bas Rapid KL yang tidak membenarkan seorang penumpang menaiki bas berkenaan dengan menutup pintu walaupun telah dikejar. Kesiannyalah kat penumpang tu..
BACA : (Video) Cuba Kejar Teman Wanita Curang, Lelaki Dilanggar Kereta Dinaikinya Sehingga Tulang Retak
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada jam 3.10 petang.
Perkara ini dikongsikan seorang pengguna Twitter dengan menunjukkan sekeping gambar seorang lelaki yang duduk bersendirian di sebuah stesen bas sambil menyandang beg.
Driver rapid ni mmg ramai sangat kurang ajar. Dia dah penat lari kejar bas & da sampai pintu kau boleh tutup. Bas tak penuh pun 🤬 pic.twitter.com/JOKB5lDqHy
— Azlan Sulaiman (@azlanalanlan) April 9, 2022
Dia dah penat lari kejar bas
Walaubagaimanapun, pengendali perkhidmatan pengangkutan bas Rapid KL, Rapid Bus Sdn Bhd tampil memohon maaf berkenaan isu yang tular ini.
Bukan tu jer, mereka juga sedang melakukan siasatan tentang kejadian yang berlaku kerana ianya dikatakan membabitkan etika dan tanggungjawab kakitangan syarikat berkenaan.
Apapun, biarlah pihak mereka yang siasat perkara ini. Kita jangan menghentam! Semoga perkara sebegini tidak terjadi lagi.
Kredit: Twitter @azlanlalanlan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM