Connect with us

Oh! Media

Cecah Sejuta Pengguna Setiap Hari Memilih Pengangkutan Awam Di Bawah Kendalian Prasarana

Branded

Cecah Sejuta Pengguna Setiap Hari Memilih Pengangkutan Awam Di Bawah Kendalian Prasarana

Sejak negara kita memasuki fasa endimik, rakyat Malaysia dilihat kembali melakukan aktiviti seharian tanpa perlu berasa bimbang lagi. Situasi ini turut dapat dilihat dalam rekod penumpang pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana, di mana buat pertama kalinya jumlah penumpang yang memilih perkhidmatan rel dan bas kendalian mereka mencecah sejuta penumpang sehari pada 21 Mac 2023.

Lonjakan penumpang ini sangat baik daripada purata 846,000 orang penumpang sehari dari 1 Januari hingga 15 Mac 2023.

BACA: Nak Rasa Keadaan Sebenar, Menteri Pengangkutan ‘Bersesak’ Naik LRT Waktu Orang Balik Kerja

Perkhidmatan bas catat pengguna tertinggi selepas endemik

prasarana

Daripada sejuta penumpang itu, seramai 767,000 penumpang menggunakan Rapid Rail Sdn Bhd dan 235,000 penumpang lagi menggunakan Rapid Bus Sdn Bhd dan ini merupakan angka tertinggi bagi perkhidmatan bas semenjak pandemik. Jumlah ini turut termasuk 100,000 penumpang menggunakan MRT Laluan Putrajaya sejak ia dilancarkan pada 16 Mac 2023.

Jumlah ini dijangka akan meningkat lagi jika diihat dari jumlah penumpang sehari ketika sebelum Covid-19 melanda iaitu kira-kira 1.2 juta orang penumpang.

Prasarana jamin keselamatan orang ramai

prasarana

Pihak Prasarana Malaysia Berhad dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka. Pencapaian ini akan membuatkan mereka terus berusaha memastikan faktor keselamatan, kelancaran dan kestabilan perkhidmatan dipelihara demi manfaat orang ramai.

Tidak akan ada sesuatu yang baik jika kita tidak membantu kan? Oleh itu, Ohmedia minta semua pengguna pengangkutan awam untuk memberikan sebarang cadangan penambah baik di [email protected] atau hubungi mereka di 03 – 7885 2585 pada hari Isnin hingga Jumaat, dari 7.00 pagi hingga 8.30 malam, manakala untuk tempoh Sabtu hingga Ahad dan Cuti Umum dari 7.00 pagi hingga 5.30 petang.

Nak lebih mudah boleh pergi ke saluran media sosial Rapid KL ataupun melalui aplikasi PULSE secara percuma.

prasarana
prasarana

Kredit: Prasarana Malaysia Berhad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas