Connect with us

Oh! Media

“Memalukan Kerana Berlaku Di Kelantan” – Ketua Penerangan Pas

Ohmedia kelantan Pas

Trending

“Memalukan Kerana Berlaku Di Kelantan” – Ketua Penerangan Pas

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari puji tindakan polis Kelantan.

Kecoh diperkatakan sejak semalam mengenai serbuan pesta hubungan songsang yang dibuat polis Kelantan.

Perjumpaan itu dipercayai dihadiri lebih 100 lelaki tempatan, namun semasa serbuan kira-kira jam 1 pagi, hanya tinggal lebih 20 orang.

“Kalau berlaku di KL, Johor atau Pulau Pinang, orang anggap biasa sahaja”

Terbaru, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memuji tindakan tegas pihak polis dan menyifatkannya sebagai langkah berani yang wajar diteruskan.

IKLAN

Tambahnya, kejadian ini memang memalukan, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku di negeri yang sering dikaitkan dengan imej Islamik dan nilai keagamaan yang tinggi.

Kelantan

Ketua Penerangan PAS ini turut memetik serbuan sama yang pernah dibuat di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang, namun ianya dianggap biasa tidak seperti Kelantan.

Tapi yang lebih penting bagi beliau adalah tindakan berani membanteras maksiat itu, bukan sekadar menjaga persepsi masyarakat.

Undang-undang lebih tegas perlu

Fadhli
Foto Facebook Ahmad Fadhli

Beliau berharap Kelantan diberi ruang untuk merangka undang-undang yang lebih tegas untuk membendung gejala haram ini.

Untuk rekod, Mahkamah Persekutuan misalnya pada 25 Februari 2021 telah membatalkan peruntukan Enakmen Syariah Kelantan berkaitan larangan lelaki berpakaian seperti perempuan atas alasan bertindih dengan undang-undang Persekutuan. Justeru, Kelantan perlu mengkaji apakah lagi ruang yang boleh diterokai untuk mewujudkan undang-undang lebih keras namun selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru agar usaha membanteras maksiat diteruskan walau pahit sekalipun.

Pssttt! Isu sebegini bukan sahaja mencalar imej negeri, malah boleh mengundang pelbagai persepsi negatif terhadap usaha mengekalkan nilai moral dan agama. 

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas