Connect with us

Trending

Mahkamah Keluarkan Amaran Keras Terhadap Norjuma Habib

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur beri amaran keras kepada bekas personaliti TV, Norjuma Habib hari ini kerana dia gagal hadir semasa prosiding sebutan kes pada 27 Jun lepas.

BACA: Bekas Personaliti TV, Norjuma Minta Gelar Dirinya Datin Che Puan, Netizen Kata Hanya Syok Sendiri?

IKLAN

Menurut laporan Harian Metro, asalan yang diberikan Norjuma adalah tiada maklumat terperinci tentang prosiding berkenaan.

Mohon maaf puan, saya pergi kaunter Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan maklumat terperinci kerana saya tidak mengetahui kamar (mahkamah) berapa, di mana dan apa yang berlaku kerana peguam tidak hadir.

Walau bagaimanapun, Majistret Noor Elynna tidak terima alasan yang diberikan bekas personaliti TV itu sebelum memberikan amaran serius dan membatalkan waran tangkap ke atasnya.

Anggap ini sebagai amaran. Wang jaminan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,500.

Bukan tu jer, Norjuma juga memberikan alasan sama prosiding di MMJ2. Majistret Illi Marisqa tidak berpuas hati dengan penjelasannya itu dan keluarkan amaran sama serta naikkan wang jaminan menjadi RM2,000.

Puan Norjuma, ini amaran terakhir perlu pastikan tarikh-tarikh selepas ini puan hadir, sekiranya tidak waran tangkap akan dikeluarkan atas puan bukan atas peguam. Dan kena pastikan tarikh dan mahkamah mana yang puan puan kena hadir.

Waran tangkap yang dikeluarkan Majistret Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin kepada bekas personaliti TV itu turut dibatalkan atas kegagalannya hadir semasa sebutan kes pada bulan lepas.

Jap!


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas