Connect with us
menyamar polis

Trending

Lelaki Menyamar Sebagai Polis Ugut Peniaga Dengan Gari Ditahan

Sepandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah kata pepatah yang sesuai untuk seorang lelaki yang berani menyamar sebagai anggota polis.

Suspek dikatakan telah menghantar satu video dengan menunjukkan sepasang gari untuk menakutkan seorang peniaga. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais mengesahkan penangkapan suspek yang sebenarnya bekerja sebagai seorang buruh di Jalan Bertam 2, Kepala Batas.

IKLAN

Selain itu, suspek juga didapati meminta mangsa yang berusia 32 tahun supaya menghormatinya susulan masalah yang dihadapi antara mereka sebelum ini berkaitan isu rumah sewa. 

Tangkapan ke atas suspek yang berusia 30-an yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) selepas mangsa membuat laporan polis.

Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan boleh dihukum penjara maksimum 2 tahun.

Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis tanpa kebenaran dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM500 atau penjara maksimum 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas