Trending
Kamera ‘Zoom Out’, Tunjuk Pemandangan Semasa Giliran ‘Pendatang Haram’ Di Olimpik Paris
Malam tadi telah berlangsungnya acara pembukaan rasmi Sukan Olimpik 2024 di Paris. Rata-rata memberi tumpuan kepada pakaian kontinjen dari negara masing-masing.
Namun, pelayaran masuk kontinjen ‘pendatang haram’ dilihat langsung tidak diendahkan malah kamera cepat-cepat ‘zoom out’ dan menunjukkan pemandangan di sekitar Sungai Seine.
Malah, sebaik sahaja kontinjen ‘pendatang haram’ itu masuk, kedengaran penonton menjemuh dan menjerit ke arah pasukan berkenaan.
Selepas pasukan Itali berlayar masuk, kamera kembali fokus ke arah kontinjen yang mengibarkan bendera kebanggaan mereka.

Rakaman video yang dikongsi Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) tular di TikTok sehingga menerima lebih 1 juta tontonan.
Rata-rata memuji pasukan produksi termasuk pengulas Sukan Olimpik yang langsung tidak menyebut mengenai kontinjen itu.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM