Connect with us

Oh! Media

Isteri ‘Pergi’ 32 Hari Selepas Ditidurkan, Suami Terima Dengan Tabah

Trending

Isteri ‘Pergi’ 32 Hari Selepas Ditidurkan, Suami Terima Dengan Tabah

Selepas kira-kira sebulan berjuang dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), isteri Siti Faiqah Sulaiman akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Khabar duka itu disahkan suami, Mohd Zulkifli Mohamad Isa menerusi perkongsian di laman Facebook.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pandangan Sayu Kosong” – Anak Kecil Cuba Senyum, Rindu Arwah Mama Buat Netizen Sebak

Difahamkan, isteri ditidurkan pada 5 August lalu selepas kadar oksigen turun mendadak sehingga 51% dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Dalam masa yang sama, bayi dalam kandungan isteri telah dikeluarkan secara pembedahan.

Memetik laporan mStar Online, suami memaklumkan kesihatan arwah isteri sudah tidak stabil sejak minggu lalu apabila tiada perubahan positif ditunjukkan. Dia dihubungi doktor pada 30 Ogos memaklumkan isteri dalam keadaan nazak.

Kongsinya lagi, pada tarikh 1 September iaitu hari lahir isteri, doktor membuat panggilan video dan mereka sekeluarga memberikan kata-kata semangat buat isteri. Keadaannya selepas itu ada sedikit peningkatan namun kritikal semula.

Isnin lalu sekitar 11 pagi, doktor buat video call untuk maklumkan isteri sedang nazak.

Dua jam kami video call, saya sempat minta doktor di Hospital Ampang sambungkan panggilan sebab mahu isteri lihat bayi kami di sana.

Mohd Zulkifli berkata, dia sempat membisikkan kepada isteri bahawa dia telah memaafkan semua salah silapnya. Sebagai suami, dia juga memohon ampun kemudian mengajar isteri mengucap dua kalimah syahadah.

ditidurkan

Tiga tahun sahaja saya berpeluang hidup bersama arwah… masih belum puas sebab singkat sangat. Namun ini takdir untuk saya, saya reda. Saya doakan isteri mendapat ganjaran syurga di sana.

Mereka sekeluarga dapat menguruskan jenazah sendiri berikutan keputusan swab test arwah menunjukkan negatif. Mahu berbakti buat kali terakhir, suami ikut sama memandikan dan menurunkan jenazah ke liang lahad. Dia bersyukur diberi kekuatan walaupun hanya Allah SWT yang tahu perasaannya ketika itu.

Katanya, bayi lelaki yang dilahirkan pramatang kini masih ditempatkan di dalam wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) untuk pemantauan doktor.

Kredit: Mohd Zulkifli Mohdisa , mStar Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas