Connect with us

Oh! Media

“Pandangan Sayu Kosong” – Anak Kecil Cuba Senyum, Rindu Arwah Mama Buat Netizen Sebak

Cover Photo Om 1200 X 675 73

Trending

“Pandangan Sayu Kosong” – Anak Kecil Cuba Senyum, Rindu Arwah Mama Buat Netizen Sebak

Di Facebook, tular rakaman video memaparkan seorang anak kecil memberi pandangan kosong kepada ibu saudara seolah-olah sedang merindui arwah mamanya. Baru berusia setahun tiga bulan, si kecil dikenali sebagai Sumayyah ini berdepan ujian kehilangan ibu kandung akibat Covid-19.

BACA: Isteri Meninggal Dunia Sehari Selepas Suami, Anak Dua Tahun Yatim Piatu

Meskipun masih terlalu kecil untuk memahami erti kehilangan, Sumayyah pastinya mencari sosok tubuh mama yang sangat disayanginya. Mendapat lebih 10,000 perkongsian, netizen turut sayu dan sebak melihat reaksi spontan yang ditunjukkan Sumayyah.

IKLAN

Video ni sebenarnya spontan je lepas balik cucuk setahun 3 bulan seketul Sumayyah semalam. Tapi bila tengok balik mata Sumayyah macam ada sesuatu nak cakap kan.. Ye mami tau Sumayyah rindu mama. Mama mana? Kenapa mama yang tak bawak Sumayyah pergi checkup? Allah andaila dia boleh berkata-kata.

Menurut Nurafyfah Yacob, video dirakam selepas Sumayyah selesai mendapat pemeriksaan dan suntikan di klinik. Si comel ini cuba tersenyum sebaik ibu saudaranya meminta untuk berbuat demikian.

Klik sini untuk menonton video.

Anak Kecil

Aku kalau bab anak ni lemah terus even ko garang macam singa ke tapi mak kan. Serapat apa pun anak dengan ayah ibu jugak diorang cari. Nak pulak Sumayyah ni sebaya kembar lagi luluh hati ni sebab dia kecik lagi tak paham ape erti kehilangan kematian insan tersayang.

Aku post video ni bukan mintak simpati atau buat arwah sedih tapi minta semua doakan anak-anak arwah kuat dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Mereka lah kekuatan untuk abang aku sekarang. Mama sekarang dah jadi bidadari syurga dah. Allah tu sayang.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Allahyarham Norfazzlyana Nezal disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi pada Isnin selepas 19 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Se­remban.

Menurut suami, arwah isterinya sebelum ini terpaksa melahirkan anak ketiga secara pembedahan pada usia kan­dungan 35 minggu selepas diletakkan dalam keadaan intubate.

Mama Meninggal Dunia
Covid 19
Viral

Di ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa sayu dan mendoakan semoga Sumayyah membesar menjadi anak yang solehah.

Mereka turut berdoa semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada anak-anak arwah untuk menjalani hari-hari yang mendatang tanpa ibu di sisi. Alfatihah buat Allahyarham Norfazzlyana Nezal.

Kredit: Nurafyfah Yacob

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas